SHARE

 

Jom singgah di Restoran Chinese Muslim Abdullah di Meru Ipoh.

chinese muslim resltauran
Bangunan Restoran Chinese Muslim Abdullah

Oleh Zurin Holit

Ipoh antara bandar terkenal dengan makanan Cina. Jadi tidak mustahil setiap hujung minggu ramai penghujung dari luar bercuti sambil menikmati makanan yang terdapat di Ipoh.

Selain itu tarikan lain yang ada di Ipoh ialah seperti Gua Tempurung, Gunung Lang dan terbaru MAPS Animation Theme Park.

Oleh kerana restoran makanan cina halal agak terhad seorang permuda mualaf Aiman Loh mengambil inisiatif membuka restoran makanan Cina halal dan toyaiban.
Restoran Chinese Muslim Abdullah yang baru dirasmikan oleh Pengarah Pelancongan Perak En Hizaz Mohd Ibrahim ini terletak di bangunan tiga tingkat dan akan siap sepenuhnya dalam masa sebulan lagi. Bila siap ia akan  dilengkapi dengan dewan, surau dan bilik menyusu.
restaurant team
Kumpulan petugas Restoran Chinese Muslim Abdullah bersama pemiliknya.
Selain itu  juga Restoran Chinese Muslim Abdullah ini bila siap sepenuhnya mampu memuatkan seramai150 orang pada satu masa.
Bagi yang ingin datang dan mencuba, restoran ini telah mula beroperasi sejak minggu lalu dan terdapat lebih 100 menu yang boleh dipesan dan cuba. Menariknya, semua menu di sini daripada resipi turun temurun keluarga Aiman Loh. Ketua chefnya ialah bapa saudara beliau sendiri.
Di antara menu ialah Siakap Masak Asam, Sotong Ribut, Udang Lipan dan Kari Kepala Ikan selain Sup Sirip Isi Ketam yang pasti menyelerakan dan sesuai untuk seisi keluarga kerana tidak terlalu pedas.
Food served
Hidangan yang disediakan
Masakan Cina disini adalah lebih kepada masakan kantonis fusion kerana menurut Aiman kebanyakan makanan Cina di Ipoh ialah Hokkien. Dengan kelaianan ini pasti memberi lebih peluang kepada peminat makanan Cina merasai kepelbagaian dalam menu makanan Cina.
Menu yang lain dari restoran Cina lain ini sudah pasti menjadi tarikan dan keunikan restoran ini dari restoran- restoran yang lain kerana ia hanya boleh didapati di sini. Kami sempat mencuba beberapa masakan yang sememangnya sedap dan menyelerakan unik dan berlainan dari apa yang pernah kami cuba sebelum ini.
Apa yang boleh kami katakan, anda patut mencuba dan merasai sendiri kerana anda pasti tidak kecewa.
Sayur goreng
Bagi yang ingin mencuba, Restoran Chinese Muslim Abdullah terletak di kawasan baru di Ipoh berdekatan MAPS Animation Theme Park dan juga berada di kawasan bulatan Aman Jaya Meru.
Sayur dan tauhu
Alamat:
Restaurant Chinese Muslim Abdullah Sdn. Bhd.
5&5A & 5B, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari, 30020 Perak
H/P: 019-516 9516
FB: Restaurant Chinese Muslim Abdullah
Waktu Operasi: 4.30pm – 12am

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here