SHARE
Oleh Zurin Holit
Konsert Fenomena D’POP tampilkan 9 artis hebat 3 dekad.
Lagu dan penyanyi legenda dari tahun 70an, 80an dan 90an bakal disatukan dalam sebuah konsert iaitu Fenomena D’Pop pada 28 September ini di Dewan Banquet, Menara Felda Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang meridui kemunculan penyanyi dan lagu dari 70an, 80an dan 90an, anda pasti teruja kerana dapat saksikan penyanyi kesayangan tidak lama lagi.

Barisan penyanyi mantap ini dibawa oleh Wide Lane Event & Management kali pertama dalam satu pentas yang pasti mengimbau memori lama.

Konsert Fenomena D’POP dengan pelbagai genre seperti pop, dangdut, ballad dan samba  dibarisi sembilan artis ternama antaranya  Dato ‘Jamal Abdillah, Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Amelina, Haiza, Siti Nordiana, dan Zamani.

Selain berhibur, konsert Fenomena D’POP diadakan bersempena kegiatan amal dan kebajikan di mana sebahagian daripada jualan tiket akan disalurkan kepada tabung MAKNA.
Bagi artis terbabit, mengganggap ini adalah salah satu cara bagi mereka
membantu pihak yang memerlukan dengan menyumbang suara dan menghiburkan peminat. Jadi jangan lupa saksikan Konsert Fenomena D’POP tampilkan 9 artis hebat 3 dekad 28 September ini.
Ini adalah usaha murni pihak penganjur entertainment untuk memberi peluang kepada artis lama berkenaan bertemu peminat. Sekali gus, dapat mengubati kerinduan peminat kepada artis kesayangan mereka yang sudah jarang muncul di kaca TV.
Barisan penyanyi yang bakal beraksi.
Justeru, temui artis lama tersohor ini di Konsert Fenomena D’Pop 28 September ini.
Pada majlis pelancaran konsert itu baru baru ini, pihak media dipersembahkan dengan dendangan beberapa lagu daripada mereka yang bakal menjayakan konsert berkenaan. Persembahan mereka dijangka akan menjanjikan penonton terhibur.
Orang ramai yang berminat diingatkan, jangan lupa temui Artis Lama Tersohor di Konsert Fenomena D’Pop 28 September
Bagi anda yang ingin menyaksikan konsert Fenomena  D’POP,  boleh mendapatkan tiket menerusi talian 019 3977830 atau email fenomenaoii.18@gmail.com
Facebook: fenomenadpop
Instagram: @fenomenadpop
Twitter: fenomenadpop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here