SHARE
anita-travel-logo
Logo Kembara Kemanusiaan Anita Bikers

Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers Masuk Tahun Keenam. Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers  & Penganjur Anita Entertainment (Kembara Kemanusiaan Anita  Bikers) Ke-enam selamat menyelesaikan misi penjelajahannya ke seluruh negara  sehari selepas ulang tahun kemerdekaan 31 Ogos lalu. Ini adalah tahun ke-61 kita menyambut Hari Kemerdekaan.

Sebagaimana tahun sebelumnya program Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Ia juga dikenali Kembara Anita Merdeka Ride dengan Misi Go Green & Safe Ride. Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers Kini Masuk Tahun Keenam.

Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers Ke-6, bermula di Kuala Lumpur. Antara destinasi kembara yang bermula 26 Ogos lalu, ialah di Melaka. Program di negeri itu turut membabitkan kempen Go Green yang dianjurkan bersama Melaka Tourism. Di sini, peserta kembara disambut EXCO Pelancongan Negeri Melaka I, dalam satu majlis jamuan minum petang.

Seterusnya Konvoi Kembara Kemausinaan Kelab Anita Bikers bergerak ke destinasi lain iaitu di Selatan termasuk Johor dan tidak ketinggalan ke Pantai Timur iaitu di Terengganu esoknya.

Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers menggunakan tagline ‘save ride, go green’ yang membawa mesej ke arah mempromosikan pusat pelancongan yang ada di Malaysia, selain menggalakkan kempen kehijauan. Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers Kini Masuk Tahun Keenam.

Ketua Kelab Anita Bikers, Anita Yusop berkata, Kembara Kemanusiaan anjurannya turut membawa mesej tanggungjawab bersama, mewujudkan kesedaran masyarakat penyayang sesama manusia dan keluarga sambil menerapkan nilai-nilai murni.

Kali ini Kembara Kemanusiaan Anita Bikers disertai 40 motosikal berkuasa besar (big bike) Kawasaki jenis gtr1400cc, sebuah van dan sebuah kenderaan Pacuan Empat Roda (4Wheel Drive).

Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers membawa bersama barangan keperluaan untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan. Antaranya golongan fakir, anak yatim tahfiz dan rumah orang-orang tua yang menghidapi sakit kronik.

peserta-kembara
Sebahagian peserta Kembara Kemanusiaan Anita Bikers

Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers kali ini menjelajah 8 negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dan berakhir di Pahang.

“Selain mengutamakan nilai kemanusiaan, kempen kali ini turut menyelitkan keperihatinan terhadap hidupan liar menerusi persinggahan di Kuala Gandah, Lancang Pahang, yang terkenal sebagai tempat pelindungan haiwan, Gajah,” ujar Anita.

Program sebelum itu dirasmikan pelepasannya oleh Menteri Pertahanan, Datuk Mohammad Sabu di Parlimen Kota Raja 24 ogos lalu.

Peserta  kemudian disambut di Parlimen Kubang Pasu Kedah oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ IR Amirnuddin Hamzah, sebelum meneruskan misi kembara ke destinasi mengikut jadual.

Penjelajahan Kembara Kemanusiaan Kelab Anita Bikers selama tujuh hari itu bermula, 24 Ogos berakhir 1 September baru baru ini. Bersama masyarakat LKRT Taman Impian, diadakan program membabitkan anak-anak Merdeka dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni. Ini bertepatan pepatah Melentur buluh biar daripada rebung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here