SHARE

Jom Teroka, Inap dan Jamu Selera di Hotel Best Western Petaling Jaya.  Bagi mereka yang ingin menikmati cuti panjang di Lembah Kelang, Best Westen Hotel di Petaling Jaya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur dan Shah Alam adalah pilihan terbaik

Menikmati hidangan di ruang makan yang lapang dan luas di Hotel Best Western

Petaling Jaya yang berkembang pesat  menjadi bandar terpenting bukan saja di Selangor  bahkan di Malaysia. Petaling Jaya juga dikenali sebagai kembar kepada ibu Kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur.

fresh food
Makanan segar di Restoran Hotel Best Western

Banyak tempat menarik disekitar Petaling Jaya yang telah dibangunkan bagi tujuan rekreasi, membeli belah dan merupakan syurga makanan. Jadi, Jom Teroka, Inap dan Jamu Selera di Hotel Best Western Petaling Jaya.

Hotel Best Western Petaling Jaya yang terletak di Seksyen 13, adalah salah satu penyumbang ke arah bandar yang semakin maju ini. Terletak di daerah perniagaan dan pembangunan strategik, hotel yang mempunyai 344 bilik ini adalah salah satu pilihan pelancong luar dan dalam negara. Mereka menginap samada untuk tujuan perniagaan mahupun santai.

Antara tempat menarik berdekataan hotel Best Western Petaling Jaya ialah Jaya Shopping Centre yang telah dibina semula dan pusat gajet elektronik, iaitu Digital Mall, yang hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki dari hotel.

Satu lagi tempat tarikan terkenal ialah pusat membeli belah Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon yang hanya 7 km jaraknya dari hotel, Paradigm Mall (8.4km), One Utama (7km) dan Ikea Damansara (9.5km), selain Midvalley Megamall (5km), Bangsar Village (6km) dan Bangsar Shopping Centre (6.5km).

bedroom
Bilik tidur Hotel Best Western Petaling Jaya

Di sekitar Petaling Jaya juga terdapat banyak pusat penjaja seperti di Pasar SS 14 di sebelah Digital Mall yang menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional Melayu. Pusat Penjaja SS2 juga menjadi tarikan di Petaling Jaya dan juga terkenal sebagai syurga buah durian terletak hanya 3km dari hotel.

Bagi pemain golf pula terdapat dua padang golf berhampiran iaitu Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) hanya 3 km dari hotel dan TPC Kuala Lumpur atau sebelum ini dikenali KLGCC (5.6km).

Terdapat pelbagai jenis bilik dan suites di Best Western Hotel Petaling Jaya seperti superior, Club Floor Superior Executive Suite dan Presidential Suite.

Selain itu, untuk makan terdapat cafe Kembali Kitchen dan SKYZ Dine & Bar di atas bumbung yang sangat cantik terutama pada waktu malam dengan pemandangan bandar Petaling Jaya bermandi cahaya lampu.

Varia Seri sempat merasai makanan di dua cafe ini. Selain buffet Kembali Kitchen juga menyediakan set lunch Warisan iaitu Ayam Bakar Percik, Rendang Ekor dan Asam Pedas Ikan Pari yang berharga RM15.

Pada sebelah malam pula boleh menikmati BBQ Buffet Dinner di SKYZ Dine & Bar dengan pemandangan malam yang menarik. Ada pelbagai pilihan BBQ seperti ikan, udang sotong, ayam dan daging lembu serta kambing.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan seperti nasi. pasta, mee kari, tomyam dan pecel dan pemanis mulut yang pasti menarik dengan harga RM66 sahaja.

Bagi bufet sarapan, terdapat pelbagai pilihan makanan seperti nasi lemak, kuetiaw goreng, bubur nasi, pelbagai jenis mi selain pelbagai jenis roti, bijian dan buah-buahan serta kuih muih yang pasti menceriakan pagi anda.

Dengan pelbagai  kelebihan ini, jadi, Jom Teroka, Inap dan Jamu Selera di Hotel Best Western Petaling Jaya

Keterangan lanjut, layari www.bestwesternpj.com.my atau hubungi 03 7610 2222.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here