Logo Hari Merdeka 2018

 

Logo
Lpgo Hari Merdeka 2018

 

Catatan Bersempena Sambutan Hari Merdeka 2018.  Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61 di peringkat kebangsaan berlangsung di Putrajaya semalam dengan sederhana tetapi penuh bermakna. Bermakna bagi siapa? Tentulah bagi kerajaan baru Pakatan Harapan.  Ini kali pertama negara menyambut Hari Kemerdekaan di bawah kerajaan baru.

Ada yang berasa gembira dan ada yang melaluinya dengan rasa terkilan. Kenapa terkilan? Sebab negara bukan lagi di bawah pemerintahan kerajaan yang mereka sokong.

Mereka yang berasa rugi itu tentulah daripada kalangan penyokong Umno dan Barisan Nasional, yang memerhati perjalanan kepimpinan lawan dengan penuh tidak rela dan sakit hati.

Selama 61 tahun pemerintahan negara di bawah Barisan Nasional. Bukannya sekejap. Lantaran itu, ada mengaku berperasaan terkilan kerana negara sudah terlepas ke tangan pihak lain.

Dalam Catatan Bersempena Sambutan Hari Merdeka 2018 ini, admin nak sebut, bahawa sesiapa pun akan berasa terkilan, kalau haknya yang sekian lama dimiliki diambil orang. Namun pemerintahan sesebuah kerajaan, bukanlah hak abadi sesuatu pihak.

Jatuhnya sesuatu kuasa mungkin sebab kesilapan ketua dan pimpinan terdahulu, menyebabkan majoriti rakyat mengalih arah sokongan atau pun kerana pihak satu lagi sudah semakin kuat dan berpengaruh sehingga berjaya memenangi hati rakyat. Sama ada mereka berjaya mencuri hati rakyat dengan cara menabur fitnah atau sebaliknya, Wallahualam.

2018 National-Day-Logo

Apa pun sambutan Hari Kemerdekaan 2018 berlangsung seperti biasa. Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini berlangsung di Putrajaya. Mengadakan sambutan di sana, bermakna tiadalah kesesakan di kawasan di Dataran Merdeka tempat kebiasaan diadakan sambutan di peringkat kebangsaan.

Di Putrajaya, pengunjung juga kelihatannya selesa dapat melihat perarakan dengan duduk di bawah bumbung bangunan peneduh yang disediakan. Bangunan itu dibina besar dan memanjang, dapat memuatkan ramai pengunjung yang datang untuk menonton perarakan dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam Catatan Bersempena Sambutan Hari Merdeka 2018 ini, admin juga mahu menyentuh mengenai satu perkara ini. Semalam admin terbaca teguran oleh seorang netizen yang menyatakan sebutan Hari Kebangsaan bersempena sambutan Hari Merdeka atau Kemerdekaan itu adalah tidak betul.

 

Menurutnya, kata akar kepada ‘kebangsaan’ adalah bangsa. Kalau kita sebut hari kebangsaan bermaksud ia adalah Hari Bangsa… adakah betul perkataan Hari Bangsa itu disebut, sedangkan yang hendak kita ingati adalah hari merdeka?

Admin pun kadang-kadang keliru juga sebab selalu juga perasan perkataan Hari Kebangsaan disebut merujuk kepada mengingati peristiwa Hari Merdeka. Apa pun kita serahkan persoalan itu kepada pakar bahasa untuk menentukannya.

Setiap tahun, disediakan logo dan tema yang berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Gambar menunjukkan logo sambutan Hari Kemerdekaan 2018, dengan tema “Sayangi Malaysiaku”. Tema tahún sebelum ini 2017 adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Logo 2018 memperlihatkan motif tiga lembaga orang, admin turut memaparkan logo Hari Kemerdekaan tahun-tahun sebelumnya.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here