glass spectacles
Selebriti Malaysia bergaya dengan kaca mata Oliver Peoples

Kaca mata, di samping diguna untuk membaiki tahap penglihatan dan menapis cahaya, ia juga dipakai untuk tampil cantik dan bergaya. Optique Paris Miki Kaca Mata Gabungan Sains, Budaya dan Teknologi, antara yang menjadi pilihan.

Jenama kegunaan selebriti, Oliver Peoples turut menjadi kesukaan. Kini kaca mata Oliver Peoples boleh didapati di kedai kaca mata Optique Paris Miki (Paris Miki) di Malaysia.

Oliver People glass
Kaca Mata Oliver Peoples di Optique Paris Miki

Pada pagi itu, kedai kaca mata Optique Paris Miki di KLCC menjadi tumpuan.  Berlangsung satu majlis memperkenalkan jenama kaca mata baru yang dibawa khas oleh Optique Paris Miki untuk pelanggannya.

Sempena ulang tahun ke 88, Optique Paris Miki memperkenal jenama Oliver Peoples, kaca mata ciri bergaya, trendy lagi vintage. Ini seiring ciri pilihan Optique Paris Miki Kaca Mata Gabungan Sains, Budaya dan Teknologi.

Jenama Oliver Peoples mula tersohor menerusi pengenalan kaca mata hitam retro aviator rekaan besar, dalam industri fesyen pada 2008.

Bekerjasama dengan Paul Smith pada 1994, Oliver Peoples mengeluarkan rangkaian bingkai cermin mata berwarna dan melancarkan siri kaca mata berfesyen dengan Prada dan Miu Miu pada 1997. Kaca mata Oliver Peoples disifatkan salah satu item fesyen yang klasik untuk dimiliki.

Sempena majlis itu, Paris Miki menjemput empat selebriti online Malaysia terkemuka, Brian See, Andre Amir, Kittie Yiyi dan Christinna Kuan untuk menggayakan kaca mata pilihan Oliver Peoples.

Mereka memperaga kaca mata terlaris dari koleksi spring summer 18/19  Oliver Peoples, dan berjaya mencuri perhatian hadirin.

Difahamkan, jenama kaca mata Oliver Peoples juga popular di kalangan selebiriti Hollywood berikutan pelakon seperti Jennifer Ariston, Johnny Depp, Demi Lovato, Jessica Alba,  Brad Pitt, Kevin Costner dan Tom Hanks dilihat pernah memakainya.

Dengan gaya dan konsep rekaan tersendiri Oliver Peoples, mendorong Optique Paris Miki memperkenalkan  jenama berkenaan.

 

paris-miki-glass
Bergaya dengan kaca mata Oliver Peoples

Keunikan dan ketelitian penghasilan kaca mata Oliver Peoples menyerlahkan kontur wajah pemakai, selain disukai kerana keindahan reka bentuk bingkai yang memancarkan gaya, keperibadian dan cita rasa pemakai.

Berharga RM1,350 ke atas, kaca mata Oliver Peoples boleh didapati di kaunter Paris Miki di kebanyakan pusat beli belah seperti Suria KLCC, One Utama, Mid Valley, Pavillion KL dan Jaya Shpping Centre.

Optique Paris Miki diasaskan di Himeji City, Jepun oleh Yoshio Tane pada 1930 .  Paris Miki yang tahun ini berusia 88 tahun, muncul salah satu rangkaian kedai optical terkemuka di Jepun dengan lebih 1,000 kedai di 15 negara termasuk  Perancis, Jerman, United Kingdom, China dan Asia Tenggara.

Selain menghasilkan kaca mata jenama sendiri, Optique Paris Miki juga mengedar dan menjual kaca mata bermutu tinggi dari serata dunia. Optique Paris Miki berusaha mewujudkan rasa persendirian dengan menggabungkan sains, budaya dan teknologi.

“Kepada orang ramai, kaca mata mungkin dianggap aksesori biasa saja tetapi bagi Optique Paris Miki mengganggap kacamata lebih daripada item peribadi, ia adalah juga satu seni,” ujar Pengarah Urusan Optique Paris Miki Malaysia, Nakano Toru sewaktu berucap di majlis itu.

Menurut beliau lagi, “Pihak kami telah menubuhkan sistem teknikal dan studio diterajui ketua utama kami untuk membangun dan mencipta alat ganti eksklusif, buatan tangan bagi memenuhi keperluan kumpulan peminat kaca mata yang berbeza.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here