makanan terbaik
Dr Nurzaty, minat kucing sejak kecil.

Makanan terbaik untuk kucing, apa jadi kalau kucing diberi makan nasi? Pemilik kucing cenderung memberi haiwan peliharaan itu makan nasi tetapi sesuaikah kucing diberi makan nasi? Ada beberapa Makanan tidak sesuai untuk kucing, kalau diberi makan nasi apa jadi?

Cat hobby
Dr Nurzaty, minat kucing sejak kecil.

Biasanya nasi yang diberikan kepada kucing digaulkan dengan ikan, kita nampak kucing itu makan dengan berselera. Rata-rata ramai yang suka beri kucing makan nasi, dan ini adalah masalahnya.

Menurut Pakar Bedah  Veterinar, Dr Nurzaty Hamid, 29, hakikatnya nasi bukanlah makanan terbaik untuk kucing. Katanya, Ada Makanan tidak sesuai untuk kucing, kalau diberi makan nasi apa jadi?

Beliau berkata, kucing makan nasi yang diberikan kepadanya kerana ada ikan yang digaul bersama nasi itu. Sebaliknya kita ingat, kucing suka maka nasi.

“Sistem pencernaan kucing, sukar menghadam nasi, jika terlalu banyak makan nasi, dibimbangi mengalami masalah kesihatan terutama membabitkan buah pinggang,” ujar beliau yang bertugas sebagai doktor bedah di  Kitty’s Cottage Klinik Haiwan & Surgeri, Cawangan Desa Pandan,  Kuala Lumpur.

Nasihat Dr Nurzaty kepada pemilik kucing ialah jangan memberikan nasi semata-mata kepada kucing. Beliau mengingatkan, ada Makanan tidak sesuai untuk kucing, kalau diberi makan nasi apa jadi?

“Jika digaulkan dengan  isi ikan atau ayam, sekurangnya kucing dapat memilih dan mengutip bahan protein itu untuk di makan,” ujarnya sambil menambah, makanan semulajadi untuk haiwan itu adalah jenis bahan berprotein.

Jika ikan dihancurkan terlalu halus dan digaul dalam nasi, kucing akan makan ikan itu bersama nasi yang banyak.                                                 .

Nasihat Dr Nurzaty, elak beri makan kucing nasi setiap hari.                                                                                                                                 

Berbeza dengan sistem pencernaan manusia yang  boleh menghadam nasi dengan mudah, katanya kucing tidak mempunyai kelebihan itu.

“Ini kerana perut kucing hanya sesuai untuk bahan makanan berasaskan daging,” ujarnya.

Difahamkan kucing secara semulajadinya adalah haiwan pemakan daging dan sistem pencernaan kucing direka sebagai karnivor, berbeza dengan anjing yang merupakan omnivor.

Pencernaannya memerlukan beberapa protein dan asam amino yang tidak boleh didapati dari bahan selain ayam mahupun ikan.

Justeru makanan sesuai untuknya adalah ikan dan ayam rebus selain daripada makanan dijual siap yang direka khas untuk keperluan haiwan itu.

“Jika kucing biasa makan nasi, boleh diberi dalam kuatiti sederhana dan dalam jangka masa pendek, maksudnya tidak diberi berterusan. Dan sebaiknya, digantikan nasi putih dengan nasi  beras perang, kerana perut kucing lebih mudah mencernanya. Bahkan kebanyakan makanan kucing yang diformulakan, mengguna beras perang dan bukan beras biasa,” jelasnya.

Pesan Dr Nurzaty lagi, jika diberi makanan beli siap, elak memilih jenis komersil yang berwarna-warni,  bagi menghindari penyakit batu karang atau buah pinggang dan juga tidak menukar jenis atau jenama pemakanannya sesuka hati.

“Amalan gemar menukar  jenis  dan jenama makanan, dibimbangi ada yang tidak sesuai dan boleh menyebabkan sakit perut,” tegasnya.

Agar kucing kekal sihat katanya, boleh beri multi vitamin,  jika diletak dalam bilik berhawa  dingin, sediakan kotak-kotak, tempat dia menyorok dan memanaskan badan, jika diletak dalam bilik yang hanya ada kipas, pastikan sistem pengudaraannya bagus.

Berkelulusan di bidang veterinar dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Dr Nurzaty selaku Vet Surgeon dan Pengurus Klinik Haiwan itu berkata, beliau mengikuti pengajian peringkat Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan di UPM  kampus Bintulu, Sarawak sebelum melanjut ke peringkat Ijazah Veterinar di UPM, Bangi, Selangor.

“Sebelum itu, saya memang bercita-cita menjadi doktor haiwan dan kebetulan sangat sukakan kucing. Sejak dulu, saya bercita-cita membuka klinik haiwan khusus untuk kucing. Kebanyakan klinik haiwan yang ada, memberi rawatan ‘bercampur dengan haiwan lain’.

“Dengan adanya klinik khas untuk kucing,  lebih selesa bagi pelanggan yang hanya meminati  haiwan itu untuk  keluar masuk di klinik ini,” ujarnya yang bagaimanapun berkata, ada juga haiwan kecil lain seperti arnab, sugar glider dan hamster dihantar kepadanya untuk dirawat tetapi tidak anjing.

Dr Nurzaty Doktor haiwan yang minat pada kucing, buka Klinik Kucing.

Sebaik tamat pengajian ijazah,  Dr Nurzaty bekerja di Kitty’s Cottage Veterinary Clinic di Shah Alam selama dua tahun dan di situ beliau menimba ilmu dan kemahiran untuk mengurus dan merawat kucing, sebelum membuka cawangan di Desa Pandan.

Mengenai amalan memandikan kucing, beliau berkata kucing juga tidak boleh dimandikan terlalu kerap, hanya  boleh  sekali sekala seperti sebulan sekali.

Mengenai risiko kucing terhadap ibu mengandung yang sering diperkatakan menurutnya, memang betul, kucing berpenyakit Toksoplasma boleh menjangkiti ibu mengandung yang boleh membawa kepada keguguran.

“Jadi bagi pemilik kucing, dinasihat amalkan basuh tangan dengan sanitizer  setiap kali selepas pegang kucing,”  ujarnya.

Bagi memastikan kucing selamat dari penyakit tertentu, tambahnya digalak  mendapatkan suntikan rangkaian vaksin khas untuk haiwan itu.

Beliau juga menggalakkan kucing jantan dan betina dimandulkan untuk mengawal karakter haiwan itu, yang menjadi agresif ketika hendak mengawan.                                                                                                                       .                                                                                                                          Bersuamikan seorang jurutera, menurutnya lagi, sokongan keluarga dan teman rapat menjadi pendorong utama kariernya.

Selain menyediakan rawatan biasa, surgeri dan `grooming`, tempat itu juga menjual makanan kucing dan peralatan berkaitan  (pet shop) di samping menyediakaan khidmat hotel kucing.

Beroperasi di bangunan dua tingkat, pet shop dan hotel kucing berada di tingkat atas sementara wad kucing dan bilik rawatan di tingkat bawah.

Dibuka sejak dua tahun lalu, klinik yang juga kedai itu dibuka,  Isnin hingga Khamis dari  10.30 pagi hingga  8.30 malam dari Sabtu  dan Ahad,  jam 10 pagi hingga 4 petang sementara cuti umum tutup.                         .

2 COMMENTS

  1. Aslm, Macam mne pula kalau bagi kucing(2 bln lbih) mkn nasi lauk ikan bilis + mknn kucing( whisks) di blend hancur..bahaya x?..sbb klaw kucing sye klaw mkn ikan bilis hncur je dia x mkn sgt..sama mcm whiskes dia x mkn ..mula² dia mkn pastu dh kurng mkn whiskes ..itu yg sye try cmpurkn blend hncur skli bole ke?..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here