SHARE

Comel sahaja `dia`. Dengan bulu panjang gebu. Nampak biasa tetapi menurut tuannya, ini Kucing Sakit Saraf.

Kucing Sakit Saraf…pergerakannya terbatas. Tidak tahu punca. Mungkin kerana dia bercerai susu terlalu awal daripada ibunya. Tidak cukup khasiat susu ibu, agaknya, terang tuannya.

“Kenapa dengan ibunya?”

“Ibunya mati semasa dia berusia seminggu,” jawab tuannya.

(Aloo kesiannya).

 

Adik beradik kepada kucing sakit saraf

“Sewaktu kecil, kucing ni kelihatan sihat. Lama kelamaan semakin lembik. Kalau terlepas panjat di atas kerusi atau pokok, ia tidak boleh turun, jika ia cuba, dia akan jatuh berdebub! Jadi, setiap pergerakannya kena dibantu. Kalau dia berjalan dan kukunya terlekat pada tikar, kami kena bantu tanggalkan,” demikian ulas tuannya lagi.

Beliau menambah, sudah dibawa kucing itu ke doktor haiwan. Malangnya doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.

“Elok lagi pemilik satu pusat jagaan haiwan tu, tahu juga dia pasal masalah kucing. Setelah dicucuk kalsium dan diberi ubat, ada perubahan pada anak kucing yang sakit saraf tu. Dia dah tidak monyok lagi. Sudah cergas sedikit. Tapi nak bagi makan ubat bukan main susah. Bayangkan bagaimana nak beri makan dalam bentuk pil,” cerita mereka lagi.

Bagaimana sukar sekali pun untuk menjaga kucing berkenaan, pasangan suami isteri yang menjadi tuan kepada kucing ini tetap bersabar dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Kucing yang ada dalam rumah mereka ibarat anak sendiri.  Pasangan itu belum dikurniakan anak. Kerana itu kasih mereka tertumpah pada haiwan peliharaan mereka

cat-sick
Kucing sakit saraf tidak boleh aktif

.

Gambar: Kebetulan sewaktu hendak diambil gambar, kucing sakit saraf sedang ditahan di klinik, Yang tinggal adalah adik-beradiknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here