SHARE

Majlis Makanan Laut Norway (NSC) baru-baru ini mengumumkan Cef Chua Kok Hua sebagai wakil Malaysia bagi Piala Dunia Sushi 2018 yang akan datang.

Acara Piala Dunia Sushi 2018 berlangsung di Tokyo setiap tahun dan akan diadakan 23 Ogos ini membabitkan 40 cef sushi terbaik dari seluruh dunia dalam pertandingan membuat sushi berprestij ini.

piala sushi
Dari kiri, John Erik menunjukkan hidangan sushi hasil tangan Cef Chua.

Pertandingan kelayakan Piala Dunia Sushi 2018 dilaksana bersama latihan oleh Akademi Sushi Global membabitkan kerjasama antara NCS, dan Institut Kemahiran Sushi Dunia, satu-satunya badan sushi tunggal diikktiraf secara rasmi di Jepun.

Latihan dikendalikan pakar sushi terkenal, Hirotoshi Ogawa, dengan tumpuan pada kemahiran asas membuat sushi dan topik kritikal seperti pengendalian makanan laut secara bersih untuk hidangan mentah.  Ini kali kedua latihan itu diadakan di Malaysia.

Cef Chua adalah juara dalam pertandingan kelayakan pada November 2017 bagi mewakili Malaysia ke Piala Dunia Sushi 2018.

Pada majlis pengumuman yang berlangsung di residen kedutaan Norway, Chef Chua mempersembah tiga hidangan daripada Sushi dan Salmon iaitu Salmon Sushi Fiesta, Salmon Bruschetta dan Salmon Belly.

sushi-world-medal

Mengenai Cef Chua Kok Hua

Mula bekerja di Singapura sejak 16 tahun di dapur Cina di hotel bertaraf lima bintang. Kehidupannya agak sukar, namun beliau terus berusaha memperolehi kemahiran dan pengetahuan memasak.  Mendapat peluang emas apabila ditawarkan jawatan di restoran Japan di hotel sama.

Temu bual dengannya menyingkap latar mengenali latar belakang beliau.

Kenapa beralih daripada masakan Cina kepada masakan Jepun?

“Saya dibesarkan di kampung nelayan dan ada pertalian rapat dengan laut; ini adalah pilihan kerjaya semula jadi saya dan saya selalu ingin terbabit dengan ikan,” kata Cef Chua.

Di dapur Japan, beliau telah belajar mengenai pelbagai jenis ikan dan musimnya. Untuk menjadi bagus dalam pakej kemahiran berbeza memerlukan disiplin dan ketabahan.

“Saya mengambil empat tahun untuk menguasai seni tempura dan robatayaki,”  katanya, mengimbas kembali kegiatan silam.

Salmon Bruschetta

Cef Chua juga perlu menyesuaikan diri dengan budaya berbeza dari segi kebersihan kerana membabitkan pengendalian makanan mentah untuk dimakan.

Pada 2014, Chua bekerjasama dengan rakan chef Edmund Chong dan isterinya Lily untuk mengusahakan Two Chefs Lab di Sungai Long, Kuala Lumpur dengan menghidangkan gabungan makanan Jepun dan budaya kopi.

“Walaupun cabaran berterusan tetapi saya percaya mengenai pembelajaran sepanjang hayat dan ini membantu kami terus mara sehingga merancang meluaskan ke outlet kedua di Lembah Klang,”  ujarnya sambil menambah, isterinya adalah pendorong utama ketika rakan kongsi niaganya, Edmund menggalakkannya menyertai petandingan kelayakan untuk Piala Dunia Sushi pada bulan November  tahun lepas.

Salmon Sushi Fiesta

“Saya tidak sangka dapat memenangi pertandingan kelayakan itu kerana peserta lain lebih berpengalaman dan mahir,” ujar Cef Chua yang gembira terpelih untuk menyertai Piala Dunia Sushi 2018.

Pertandingan kelayakan Piala Dunia Sushi itu anjuran bersama  Akademi Sushi Global, melalui latihan yang dijalankan oleh cef terkenal, Hirotoshi Ogawa membabitkan 20 Peseta dari pelabagai restoran Jepun di Malaysia.

Sejak kemenangan itu Cef Chua sering ke Singapura, iaitu ke restoran tempat beliau bekerja dahulu untuk menerima latihan daripada peserta Piala Dunia Sushi terdahulu dan berazam pulang ke tanah air dengan pingat  dari Tokyo.

“Latihan itu membuka mata saya kepada setiap maklumat terperinci semasa membuat sushi dan saya berterima kasih kepada NSC atas peluang ini,” tambah beliau yang giat memahirkan diri untuk persediaan menyertai Piala Dunia Sushi 2018.

sushi
Hidangan sushi oleh Chef Chua

Ulasan daripada pihak Norwegian Seafood Council (NSC) atau Majlis Makanan Laut Norway.

Pengarah Serantau (Asia Tenggara) bagi NSC, John Erik Steenslid berkata, “Salmon dan ikan trout dari Norway adalah pilihan ikan paling disukai oleh restoran sushi di Malaysia. Walau bagaimanapun masyarakat telah dipengaruhi oleh berita buruk mengenai kes keracunan makanan yang belum disahkan membabitkan salmon dan cacing parasit sedangkan sebab sebenarnya adalah pengendalian makanan laut yang tidak bersih.

Pengandalian ikan mentah secara betul sangat penting untuk cef sushi yang terlatih di Jepun. Sedangkan maj oriti rangkaian sushi di Malaysia menggunakan  salmon dan trout dari Norway, program pendidikan untuk cef sushi oleh NSC adalah tepat pada masanya dan dapat membantu memastikan keselamatan makanan melalui pengendalian ikan dengan selamat.

Belly-Salmon
Salmon Belly

Penemuan oleh Pandangan Pengguna Makanan Laut iaitu satu kaji selidik yang dijalankan setiap tahun oleh NSC menunjukkan, Norway masih negara asal paling digemari ketika rakyat Malaysia membeli salmon dan ikan trout fjord.

Petunjuk positif ini membuktikan populariti semakin meningkat bagi salmon dan ikan trout fjord Norway, dan adalah swab NSC sedang melabur usahanya untuk mempromosi lokasi asal ikan itu di negara tersebut.

Norway adalah perintis terkenal sedunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi rakyat Norway satu pengalaman unik agar menguruskan sumber-sumber ini dengan cara betul agar mendapat ikan berkualti.

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua tebresar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan trout fjord terkenal global.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here