SHARE

MINI dan The Woolmark Company mempersembah Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES di KLFW 2018. Kolaborasi yang mempromosikan pereka-pereka fesyen muda dan berbakat, serta menampilkan koleksi pameran terhad yang penuh inspirasi bagi pengembara urban.

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2018 – MINI Malaysia memperkenalkan Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 buat julung kalinya di rantau Asia. Sempena itu, MINI dan The Woolmark Company mempersembah Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES di KLFW2018.

Koleksi pameran terhad ini merupakan hasil yang dizahirkan melalui sebuah kolaborasi antara syarikat MINI dan juga The Woolmark Company, iaitu salah satu daripada jenama tekstil dan fesyen terkemuka dunia.  Dengan itu, MINI dan The Woolmark Company mempersembah Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES di KLFW2018.

Pameran itu didedikasikan untuk mempromosikan pereka-pereka fesyen muda dan berbakat. Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES 16-bahagian ini, yang pertama kali dirungkaikan menerusi pameran Pitti Uomo 94 (di Itali), menampilkan empat pereka fesyen antarabangsa. Mereja sedang giat menempa nama dengan menterjemahkan pengalaman pengembaraan yang mereka pernah lalui kepada beberapa gubahan fesyen menggunakan benang bulu biri-biri Merino yang berkualiti tinggi.

“Sebuah jenama progresif dan penuh ekspresi, MINI ialah sebuah ikon yang dapat melakar trend dan penggayaan kreativiti dalam penetapan urban moden. Sentimen kreativiti dan ekspresi trend ini juga dapat dirasai dalam industri fesyen.

MINI FASHION membuahkan rekaan emotif dan futuristik yang dapat dirasai oleh Pengembara Urban – individu yang menganggap pengembaraan sebagai sebuah perentasan kendiri yang bermula dari satu perasaan, satu budaya, satu perspektif ke suatu tahap baharu,” ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia.

MINI FASHION berpandukan tema, “Transcending Borders” dan Koleksi Kapsul titu meraikan pengalaman diukir oleh seseorang melalui pengembaraan ke lokasi-lokasi baharu dan asing. Koleksi Kapsul baharu ini dizahirkan dari pengalaman peribadi. Setiap satu daripada empat pereka fesyen ini telah memetik inspirasi mereka melalui perjalanan mereka di bandar-bandar asing dan telah menggubah pengalaman mereka ini dalam bentuk pakaian bagi tujuan koleksi tersebut.

Pereka fesyen terlibat dalam Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES ialah Liam Hodges (UK), Staffonly (China), PH5 (Amerika Syarikat), dan Rike Feurstein (Jerman). Kebanyakan adalah alumni International Woolmark Prize, iaitu anugerah berprestij dunia yang diberikan kepada individu berbakat dalam dunia fesyen. Melalui penggunaan pelbagai variasi warna, bentuk dan komposisi bahan, serta penggunaan benang bulu yang kontemporari dan inovatif sebagai bahan prinsipal, Koleksi Kapsul tersebut mencontohi pendekatan jenama MINI yang terbuka dan optimistik.

Liam Hodges, United Kingdom.

Pereka warga British, Liam Hodges menetap dan bekerja di London. Hasil kerja beliau menarik inspirasi daripada elemen-elemen subbudaya, pakaian skate hip-hop, fesyen jalanan UK dan pengaruh post-punk yang beliau mencampuradukkan untuk menzahirkan sebuah gubahan yang mempunyai pelbagai lapisan maksud yang tersirat. Elemen signatur pereka fesyen ini merangkumi siluet yang pelbagai, tampalan (patch) serta memberi rujukan kepada pakaian yang bertemakan kerja dan sukan. Ciri-ciri ini juga ditampilkan dalam gubahan fesyen beliau bagi Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES, yang menceritakan pengalamannya di bandar New York.

“Saya pernah berkunjung ke New York buat pertama kalinya bersama ibu bapa saya sewaktu saya masih lagi kanak-kanak, dan pada waktu itu, saya hanya berpeluang untuk mengenali kota Manhattan. Jadi, apabila saya berkunjung ke sana buat kali yang kedua – kali ini sebagai seorang dewasa – saya telah berazam untuk mengunjungi Brooklyn dan daerah lain dalam bandar tersebut. Walaupun kesemuanya tampak baharu dan mengujakan, saya dapat rasakan seperti saya pernah berada di sini sebelum ini – seakan-akan deja vu. Ia merupakan sebuah pengalaman yang luar biasa,” ujar beliau.

Rekaan beliau untuk MINI FASHION memancarkan sebuah perasan baharu namun tidak asing, memberikan nafas baharu kepada gubahan fesyen klasik seperti seluar jean, jaket denim dan baju lengan panjang menggunakan benang bulu (terutamanya benang bulu Denim). Gubahan enam bahagian milik Hodges dilengkapkan dengan kot pemandu, topi bucket dan travel pouch yang diperbuat daripada fabrik benang bulu kalis air dengan penggayaan plaid klasik Prince of Wales.

Staffonly, China.

Shimo Zhou dan Une Yea menubuhkan label fesyen, Staffonly di Shanghai tiga tahun yang lalu. Etos fesyen mereka menggabungkan teknologi dan rekaan melalui eksperimentasi menggunakan bahan dan warna untuk mewujudkan elemen serba provokatif pada subjek mereka, ia diperkayakan oleh siluet berukir dan tampak luar biasa. Rekaan mereka menonjolkan sifat ingin tahu bagi sesiapa yang melihatnya serta kemahuan untuk menerokai dunia yang tidak diketahui. Dalam erti kata lain, semua hasil rekaan mereka berpaksikan MINI FASHION. Hasil kerja mereka untuk Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES memberi pemfokusan kepada Taman Greenwich di England, yang merupakan ruang ketenangan bagi Shimo dan Une ketika kedua-dua individu ini menjalani pengajian mereka di London.

“Greenwich merupakan pangkuan kepada masa. Ia merupakan sebuah tempat yang indah dan mempesonakan dan ia mempunyai pemandangan yang cantik ke arah kota London,” tutur Staffonly sambil mereka menjelaskan latar koleksi gubahan fesyen mereka. Mereka berdua mengatakan, “Ia merupakan tempat yang sempurna untuk mengasingkan diri daripada kesibukan bandar. Kehijauan, dan haruman rumput yang baru dipotong, hidangan teh Earl Grey dan skon roti mengamit kenangan istimewa daripada waktu yang kami pernah luangkan di sana.”

Daun hijau yang subur di halaman Taman Greenwich memberikan tema warna yang utama bagi gubahan koleksi edisi terhad tersebut. Garis Meridian yang melintangi taman ini memberi imbasan kepada Jaluran Bonet yang terdapat pada kenderaan MINI. Kedua-dua elemen ini membentuk sebuah tema yang saling berkait bagi gubahan Staffonly yang terdiri daripada jaket, baju, dan seluar jean tampal cantum (patchwork). Antara tarikan utama gubahan mereka ialah beg galas yang sepadan, beg tersebut juga berfungsi sebagai beg pakaian; sebuah aksesori yang berguna untuk pengembara urban.

PH5, USA.

Diberikan nafas oleh Wei Lin – anak perempuan pengeluar pakaian kait, dan pereka fesyen yang pernah menggarap anugerah di New York pada tahun 2014, Mijia Zhangin, PH5 memberi pengkhususan dalam pakaian kait kontemporari yang canggih. Label ini mencabar visi konvensional terhadap pakaian kait melalui gabungan rekaan aneh dengan penggunaan teknik dimensi kesenian mengait yang inovatif. PH5 berikhtiar untuk menghasilkan pakaian kait yang luar biasa melalui elemen yang baharu dan lebih menyeronokkan. Gubahan fesyen mereka bagi Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES diinspirasikan oleh Art Deco District yang terletak di Miami Beach.

“Apabila saya melihat bangunan-bangunan yang indah ini buat pertama kali, ia menzahirkan sebuah perasaan yang istimewa, disebatikan dengan sedikit perasaan aneh: perasaan mengujakan yang kuat, ya, namun pada masa yang sama, ia terasa halus dan samar. Art Deco merupakan pengaruh rekaan yang besar bagi saya. Hasil kerja yang dicurahkan pada struktur dan tekstur bangunan tersebut adalah sangat luar biasa, malah warna serta dekorasi bangunan tersebut juga telah memberi panduan untuk kebanyakan rekaan saya,” diceritakan oleh Mijia mengenai latar rekaan PH5.

Kombinasi pastel warna dan rekaan kesenian teknikal yang sama juga boleh didapati pada sweater bulu benang yang ditenung dengan Jacquard, dan ia didatangi dengan logo MINI dan PH5. Di samping itu, mereka juga menghasilkan rekaan jumpsuit tidak berlengan dan selendang yang ditenun dengan tangan, yang juga boleh digunakan sebagai ambal.

Rike Feurstein, Jerman.

Hasil kerja pereka dari Berlin, Rike Fourstein menerokai perbezaan halus antara seni dan fesyen, disemai dalam kraf kesenian penghasilan topi. Rike membuat topi dan pakaian yang bersifat avant-garde. Dengan mata yang tajam, beliau melakukan eksperimentasi menggunakan kombinasi warna yang luar biasa, mencipta struktur permukaan yang baharu serta menggunakan elemen yang serba surealis, lalu menghasilkan gubahan aksesori serta pakaian kontemporari, eksklusif dan elegan. Gubahan Rike Fourstein untuk Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES memetik inspirasi daripada pengembaraan beliau ke Rusia – khususnya Istana Catherine, St. Petersburg, yang pernah menempatkan Bilik Amber, iaitu sebuah lokasi yang penuh dengan kisah-kisah bersejarah.

“Apabila ia melibatkan estetika rupa dan bentuk dalam rekaan saya bagi koleksi ini, saya imbau kejadian Revolusi Rusia yang pernah berlaku lebih 100 tahun yang lalu. Ia mewujudkan elemen pra dan pasca revolusioner dengan estetika moden dalam rangkaian topi felt saya. Skema warna yang digunakan juga terdiri daripada warna-warna batu pertama seperti amber (untuk Topi Newsboy), garnet (Topi Bowler), dan zamrud (Topi Modern Base) untuk meraikan kemegahan Istana Catherine.”

Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES akan dipamerkan secara eksklusif di KLFW 2018 bermula hari ini sehingga Ahad, 12 Ogos 2018. Pastikan anda dapat menyertai kami untuk menyaksikan pameran ini di Aras 3, Couture Pavilion berhampiran Prada-Rolex.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here