SHARE
Dove-logo
Logo Dove

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2018 – Kempen Papar Gambar Asli Wanita Cantik Sebenar Dove. Maksudnya? Menggunakan gambar asli wanita cantik yang tidak dipercantik atau diubah secara digital.

Dove menggerak kempen “Real Beauty”,  setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran beberapa inisiatif penting tahun ini iaitu filem kempen #BeautyUnitesUs memaparkan kepelbagaian kecantikan wanita Malaysia. Ini dilaksanakan menerusi Kempen Papar Gambar Asli Wanita Cantik Sebenar Dove.

Ini adalah gerakan media sosial untuk berkongsi mengenai teman rapat mereka yang cantik; dan memperkenal label ‘No Digital Distortion (tiada ubah suai digital) bagi menghapuskan manipulasi digital dalam semua iklannya di seluruh dunia. 

  • Filem kempen Dove akan datang, #BeautyUnitesUs bakal menampilkan kepelbagaian wanita Malaysia
  • Dove mengajak wanita Malaysia untuk berkongsi gambar mereka bersama-sama teman rapat dan menyatakan apa yang membuatkan mereka cantik
  • Dove akan menghapuskan manipulasi digital dalam semua iklannya menerusi label ‘No Digital Distortion’ yang baharu

Perkembangan terkini di bidang digital, telah banyak menipu atau mengabui mata kita, memandang cantik kepada gambar wanita, yang hakikatnya dicantikkan oleh teknik ‘solekan’ gajet.

Laporan Kecantikan dan Keyakinan Global Dove (2017) menunjukkan wanita di seluruh dunia tidak lagi mempercayai apa yang mereka saksi. Tujuh daripada sepuluh gadis percaya, semua imej dipapar dalam media telah diubah atau dimanipulasi secara digital. Justeru, diadakan Kempen Papar Gambar Asli Wanita Cantik Sebenar Dove.

Malah, ketujuh-tujuh gadis itu menganggap terlalu banyak penekanan diberi terhadap kecantikan sebagai sumber kebahagiaan. Ini berikutan tekanan daripada agensi pengiklanan serta media yang menetapkan standard kecantikan yang tidak realistik sehingga menjejaskan keyakinan diri seseorang itu. Itulah sebabnya diadakan Kempen Papar Gambar Asli Wanita Cantik Sebenar Dove sekali gus, mengagungkan kecantikan asli wanita. 

Sehubungan itu, Dove sedang berusaha untuk mengubah statistik berkenaan dengan mengambil satu lagi langkah untuk memastikan kecantikan sebenar menjadi sumber keyakinan bagi semua gadis tidak kira di mana mereka berada. Ini selaras kempen Papar Gambar Asli Wanita Cantik DOVE yang berlangsung.

Dove Malaysia turut berikrar untuk berbuat demikian dengan melancarkan kempen #BeautyUnitesUs pada tahun ini dan menampilkan para wanita dari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Kebanyakan wanita berkenaan dipilih berdasarkan gambar terbaik mereka, yang menggambarkan kecantikan sebenar, dalam kempen #IamRealBeauty pada tahun lalu.

Wanita Malaysia kini semakin yakin untuk tampil ke hadapan serta menunjukkan kecantikan mereka yang sebenar dan Dove akan terus memperjuangkan gerakan yang indah itu. Sejajar dengan itu, pada tahun ini Dove mengajak wanita Malaysia untuk berkongsi gambar mereka bersama-sama dengan teman rapat di dalam media sosial dan menyatakan kecantikan teman rapat mereka , kerana #BeautyUnitesUs.

Dove Malaysia juga akan memperkenal label ‘No Digital Distortion’ ke atas semua kandungan iklannya bagi menunjukkan imej yang dipapar tidak dimanipulasi secara digital. Label berkenaan akan digunakan dalam semua kandungan statik jenama berkenaan yang mempamerkan gambar seseorang itu, merentasi semua iklan bercetak, di luar serta di dalam kedai, digital dan sosial.

Inisiatif itu mengukuhkan lagi komitmen Dove terhadap keyakinannya untuk memaparkan gambaran wanita yang 100% tepat serta tulen, sebagaimana dapat kita lihat dalam kehidupan yang sebenar. Ini selari dengan kempen Papar Gambar Asli Wanita Cantik Sebenar DOVE.

Pada masa seperti sekarang, di mana terdapat banyak media yang memberikan penekanan terhadap rupa paras semata-mata, adalah amat penting bagi wanita untuk saling menaikkan semangat serta memperkasakan antara satu sama lain supaya yakin dengan rupa paras kita.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa untuk memecahkan stereotaip, kita perlu bersatu dan meraikan kepelbagaian kecantikan, terutama sekali di dalam negara yang unik seperti Malaysia ini.

Dove berharap agar inisiatif berkenaan mampu memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi wanita Malaysia untuk menghargai kecantikan sebenar mereka dan sentiasa yakin bahawa kecantikan benar-benar boleh menyatukan kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.youtube.com/user/dovemalaysia/videos  dan https://www.facebook.com/DoveMalaysia/.

Ikrar ‘No Digital Distortion’ Dove

Label ‘No Digital Distortion’ Dove akan mengukuhkan lagi komitmen Dove terhadap keyakinannya untuk hanya memaparkan gambaran manusia yang tepat dan tulen, memaparkan mereka sama seperti dalam kehidupan sebenar. Cita-cita Dove adalah untuk membantu para wanita serta gadis menelusuri lanskap media, memaklumkan kepada mereka bahawa imej yang mereka saksikan tidak dimanipulasi bagi menunjukkan apa itu maksud kecantikan sebenar dan apa yang tidak. Pelancaran label ‘No Digital Distortion’ Dove merupakan satu lagi langkah dalam usaha memastikan kecantikan menjadi sumber keyakinan dan bukannya sumber kebimbangan.

Ikrar Real Beauty Dove

Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya ialah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini. Ikrar Real Beauty Dove adalah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka. Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta.

 

Ikrar Real Beauty Dove

Kami sentiasa memaparkan wanita sebenar, dan bukan model
Model mencerminkan satu pandangan sempit terhadap kecantikan. Dove percaya bahawa kecantikan adalah untuk semua orang dan dengan itu kami memaparkan wanita sebenar yang merangkumi pelbagai usia, saiz, etnik, serta warna, jenis dan gaya rambut sebenar.
Tiada model dalam kempen kami
Wanita sebenar diperkenalkan dengan nama mereka sendiri
Kempen kami mencerminkan kepelbagaian etnik dan kaum wanita

Kami memaparkan wanita sebagaimana mereka dalam kehidupan sebenar
Kami tidak pernah memaparkan gambar kecantikan “sempurna” yang tidak boleh dicapai, kecantikan tanpa cela yang dimanipulasi dengan menggunakan alat pengemasan
Tidak mengubah wajah wanita secara digital
Gambar-gambar diluluskan oleh wanita yang kami paparkan

Kami membantu gadis membina keyakinan tubuh badan dan harga diri
Di seluruh dunia, 8 daripada 10 anak gadis memilih untuk menghentikan aktiviti kehidupan yang penting apabila mereka tidak puas hati dengan rupa mereka. Dove mempunyai misi untuk memastikan generasi yang akan datang merasai nikmat hubungan positif dengan rupa mereka – membantu anak-anak muda meningkatkan harga diri dan mencapai potensi penuh mereka. Selama lebih 10 tahun, Projek Harga Diri Dove telah mendidik lebih 20 juta anak muda tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri .Projek ini juga telah menjadi teladan yang baik dan merupakan salah satu projek terbesar dalam kedua – dua aspek ini. Kami bekerjasama dengan pakar imej badan terkenal di dunia dan juga universiti – universiti terkemuka dunia untuk membangunkan alat-alat pendidikan berdasarkan bukti dan validasi akademik.
Mendidik 20 juta lagi anak muda di seluruh dunia tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri menjelang tahun 2020.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here