SHARE
Siti Yuwana juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

SEREMBAN: Siti Nor Yuwana memenangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri.

Siti Nor Yuwana Zulkifli muncul juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Pengendali makanan dari Kuala Lumpur itu menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya. Resipi ini mendapat perhatian juri dan memenangi hadiah utama pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai RM15,000 dan hamper. Itulah hadiah bertuah bagi Siti Nor Yuwana yang menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018.

Siti Nor Yuwana yang menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 berkata: ”Saya berterima kasih kepada suami kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini. Tak sangka menang sehingga kami dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan menikmati hadiah lain!”

Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 meneruskan usaha untuk menghayatkan penghargaan baru bagi hidangan berkuah Melayu yang digemari ramai rakyat Malaysia. – Siti Nor Yuwana menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini memberi tumpuan kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.

cooking
Pengadil sedang menguj masakan peserta Cabaran Raja Kuah Knorr 2018.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini ada satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.

“Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” Nusrat berkata.

Para juri yang mengadil termasuk chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Syaratnya sungguh mudah iaitu menampilkan tiga jenis resipi hidangan berkuah meliputi masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr.

Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir hari ini. Selain Siti Nor Yuwana yang menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018, pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 ialah;

Barisan pemenang CCabaran Raja Kuah Knorr 2018

Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor yang muncul naib johan. Beliau menerima wang tunai RM10,000 beserta hamper.

Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper

Tujuh pemenang sagu hati menerima tunai RM1,000 beserta hamper.

Unilever Food Solutions (UFS) berusaha meningkatkan pasaran masa depan dengan menarik 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan; memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

Hasil tangan Siti Nor Yuwana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here