Pesta Julung Kali
Buat julung kalinya akan diadakan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG pada 28-29 Julai 2018 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.
Berlangsung jam 9 pagi hingga 10 malam, Fiesta anjuran Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang itu diadakan atas kesedaran tidak ramai mengetahui mengenai sejarah dan tradisi orang Bugis sebenarnya.
Selama ini label ‘lanun’ dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum Bugis. Bagi mengelak stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PMBS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang Bugis kepada umum.
Sehubungan itu PMBS, menganjurkan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG selama dua hari hujung bulan ini.
Perkataan Bugis “LINO MALOANG” memberi pengertian “DUNIA NAN LUAS”. Ini disertakan dengan nama acara sebagai simbol semangat kaum Bugis. Ianya dirasakan bertepatan peranan dan sumbangan serta budaya merantau orang Bugis.
Asal Usul Masyarakat Bugis
Masyarakat Bugis yang berasal dari Sulawesi, Indonesia merantau ke hampir seluruh pelusuk Nusantara dan beberapa negara lain di seluruh dunia dan kebanyakannya menetap di tempat perantauan masing-masing termasuk di Malaysia.
Zaman berlalu, generasi muda daripada kalangan masyarakat Bugis, semakin jauh daripada identiti asal-usul keturunan. Mereka semakin tidak mengenali adat budaya Bugis, apatah lagi orang luar.
Penganjuran FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG menjadi landasan untuk PMBS memperkenalkan adat budaya mereka.
Kerjasama program
FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG turut mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Juga mendapat sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negeri lain, di samping beberapa negara lain seperti Batam dan Singapura.
Acara
Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang dua hari itu, antaranya ;
a) PERSEMBAHAN SENI TARI MELAYU & BUGIS 1. Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja) 2. Tari Paduppa 3. Tari Indo Logo 4. Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api)
b) PENCAK SILAT ALIRAN BUGIS
c) PERTANDINGAN BUSANA TRADISI BUGIS
d) KULINARI MASAKAN TRADISI BUGIS
e) PAMERAN SENJATA DAN BUSANA BUGIS
Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam.
Orang ramai dijemput hadir ke acara ini untuk mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut, sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti aktiviti yang diadakan.
Keterangan lanjut mengenai acara, hubungi;
Hajjah Noor Aini (BONDA): +6019-3131282 En Saleh Arshad: +6019-3073412
Email: im@hijrahnurain.org
FB: www.facebook.com/PMBSKLANG
Emel: im@hijrahnurain.org FB: www.facebook.com/PMBSKLANG