SHARE

MINI Malaysia, jenama automotif kompak premium tercanggih di dalam negara memperkenal MINI Terbaharu buat julung kalinya bagi generasi Malaysia Baharu.

Menurut Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, Mini Terbaharu melambangkan kecemerlangan teknologi serta reka bentuk terkini bagi sebuah jenama kereta yang mempunyai tarikan ikonik dan mampu menjangkaui generasi sejak tahun 1959.

“MINI generasi terbaharu ini adalah kesinambungan antara keperluan moden dan premium dengan penggayaan yang menawan,”  tambah beliau.

Mini Malaysia Terbaru

Ketua MINI Malaysia, Kidd Yam pula berkata, semenjak generasi ketiga MINI yang diperkenal pada tahun 2014, kita telah menyaksikan penjualan lebih daripada 1,500 unit kenderaan di Malaysia, merangkumi lebih daripada separuh berbanding kesemua jualan yang dicatat bagi kenderaan MINI di dalam negara.

“Warga Malaysia sememangnya menggemari keghairahan pemanduan ala go-kart yang antara ciri utama jenama MINI; kombinasi penambahbaikan moden dan terbaharu yang dibangunkan secara harmoni ke atas reka bentuk kompak premium jentera ikonik ini tampak lagi memikat, ” ulas Kidd Yam di majlis pelancaran MINI terbaru, 13 Julai lulu.

MINI pertama dihasil pada tahun 1959 dan sekali gus menjadi sebuah ikon reka bentuk dengan tarikan seakan-akan selebriti dalam sejarah budaya pop dan permotoran. Dengan rupa parasnya menarik serta pengalaman pemanduan luar biasa dan kemudahan yang ada, Mini dicipta melalui penggunaan ruang yang kreatif, disertai pengalaman pemanduan ala go-kart, dan reka bentuk denna impresi tersendiri sehingga ke hari ini.

MINI Terbaharu setia terhadap asal usulnya; namun kini, ia masih kekal sebagai ikon kontemporari, sekali lagi menetapkan tanda aras terbaharu melalui ciri-ciri emotif, reka bentuk premium, kefungsian pintar dan pengendalian go-kartnya.

New Malaysia Mini
Bergaya dengan Mini Baharu

MINI Baharu: Tanda Aras Baharu.

MINI 3 Pintu Terbaharu, MINI 5 Pintu Terbaharu, dan MINI John Cooper Works Terbaharu diperkenal dengan enjin dan transmisi terkini daripada BMW Group yang mematuhi standard Euro 6c mutakhir untuk pengalaman pemanduanlebih mengujakan, di samping penggunaan kadar minyak yang lebih rendah.

MINI Terbaharu juga menetapkan tanda aras baharu bagi elemen emotif, dan reka bentuk signatur bagi kenderaan ini seperti Projeksi Logo MINI (MINI Logo Projection), Lampu Hadapan LED dan Lampu Belakang Union Jack dengan Pencahayaan Waktu Siang (Day Time Running Lights), serta elemen logo baharu pada badan kenderaan ini untuk membezakan kereta tersebut daripada variasi kenderaan seumpamanya yang terdahulu.

Enjin Lebih Ringan

Enjin MINI Terbaharu juga ditambahbaik untuk memberi pengalaman pemanduan memuaskan dan mengurang tahap penggunaan minyak. Tambahan lagi, dengan pelindung enjin 13% lebih ringan, ia dibuat secara progresif menggunakan Carbon Fibre Reinforced Plastic (CFRP). Dengan itu, MINI Terbaharu kini menawarkan enjin lebih ringan melalui penurunan berat sehingga lapan kilogram berbanding berat keseluruhannya, lantas menyumbang kepada penambahbaikan kadar penggunaan minyak secara radikal dan memenuhi standard Euro 6c terkini.

Fungsi peluncuran (coasting) yang sebelum ini hanya boleh dialami melalui mod GREEN kini boleh diaktif melalui mod MID dengan MINI Terbaharu. Fungsi tersebut mampu menukar status enjin secara pintar ke status lahu apabila tekanan dibebaskan dari pedal pemecut sewaktu kereta sedang bergerak.

Dengan MINI John Cooper Works Terbaharu, fungsi MSA Connected secara khususnya dapat menyumbang kepada penjimatan minyak melalui sistem pintar automatik, “mula dan berhenti” — lantas membolehkan MINI yang berorientasikan prestasi ini membuat keputusan samada kereta itu akan berada dalam keadaan lebih baik jika enjin dimatikan atau dibiarkan hidup untuk meningkatkan kecekapan.

new mini-interior
Reka bentuk dalaman yang kemas dan padu

MINI Terbaharu juga dilengkapi lampu hadapan LED dan lampu belakang dengan Pencahayaan Waktu Siang Terbaharu buat pertama kalinya. Lampu hadapan jentera ini dijana lampu Bi-LED, dengan membuat olahan pada indikator tersedia, ia boleh mengubah pencahayaan LED waktu siang ke indikator LED. Lampu belakang kereta ini menjimatkan tenaga, mengenakan penggayaan Union Jack yang menarik. Kesemua lampu hadapan ditambahbaik dengan penggunaan teknologi LED menyeluruh, ia direka semula untuk membolehkan tahap kecerahan pemancaran cahaya lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Di samping itu, buat julung kalinya di rantau Asia Tenggara, MINI Malaysia memperkenal MINI Yours Customised Accessories yang pernah menggarap beberapa anugerah, dan ia membolehkan beberapa komponen seperti ketutup sisi (side scuttles), fascia kokpit, Kemasan Ambang Pintu LED (LED Door Sills Finishers) dan Projektor Pintu LED (LED Door Projector) untuk dihasilkan mengikut spesifikasi peribadi pelanggan.

Penawaran pengubahsuaian unik ini telah mendapat pengiktirafan berupa pingat Emas dari German Design Council sempena Anugerah Inovasi Jerman yang berprestij diadakan baru-baru ini; penawaran pengubahsuaian tersebut digelar sebagai ‘individualisasi aras baharu’.

MINI Yours Customised Services boleh direka suai dan dipesan melalui www.yours-customised.mini; pilihan merangkumi pelbagai warna, bentuk, permukaan dan ikon serta tulisan yang boleh dimasukkan ke dalam rekaan tersebut.

New-Mini-Logo
Logo Mini baharu

 

Keseronokan dan Keselesaan Memandu Dipertingkatkan dengan Kelengkapan Tujuh Gear.

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu dan MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu antara MINI pertama dalam famili kenderaan ini yang akan dilengkapi dengan Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan dan penukar gear elektronik.

Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan Steptronic Sports merangkumi dua sub-transmisi untuk memastikan tiada kelengahan dan menjamin keselesaan apabila penukaran gear dilakukan. Dengan sub- transmisi 1 yang di laraskan bagi gear 2, 4, 6 dan gear undur, serta sub- transmisi 2 bagi gear 1, 3, 5, dan 7, efisiensi yang optimum dapat dikecapi melalui sub- transmisi masing-masing kerana setiap gear yang bakal ditukar akan dipastikan telah bersiap sedia dalam status ‘pra-aktif’.

Jenis transmisi baharu ini dibantu sepenuhnya oleh fungsi mekanikal penukar tork. Gear yang diperluas dan ruang penukaran gear yang lebih besar juga menyumbang kepada kadar penggunaan minyak dan emisi CO2 yang lebih rendah. Tambahan lagi, tuil pemilih elektronik yang baharu juga memastikan gear kembali ke posisi asalnya selepas penukaran antara mod memandu D, posisi neutral N dan mod undur dilakukan.

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu dan MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu dikuasakan oleh Enjin Turbo TwinPower 2.0-liter 4-Silinder MINI. Kedua-duanya boleh menjana 192 kk (kuasa kuda) dan tork sebanyak 280 Nm, dengan kelajuan yang boleh mencecah 235 km/j.

MINI 3 Pintu Terbaharu boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kombinasi emisi CO2 sebanyak 125 g/km, serta kombinasi penggunaan minyak sebanyak 5.5 l/100km. Sementara itu, MINI 5 Pintu pula boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.8 saat. Kombinasi emisi CO2 MINI 5 Pintu tersebut ialah 128 g/km, manakala kombinasi penggunaan minyak pula terdiri pada kadar 5.6 l/100km.

Dengan segala yang ditawarkan di atas tadi, kini adakah anda berminat dengan koleksi Mini Baharu ini?

Bagi yang berminat, berikut penerangan lanjutnya koleksi Mini Baharu.

  • MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu.

MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan roda Cosmos Spoke 17” berwarna Hitam, saduran istimewa cat hitam memberikan kereta tersebut rupa paras lebih dinamik lantas menonjolkan efek kemasan glos tinggi serta warna hitam gelap pada bahagian rim.

MINI 3 Pintu Baharu mengutamakan kecanggihan digital melalui Paparan Skrin Sentuh dengan Navigasi, iaitu sebuah skrin resolusi tinggi pada Instrumen Pusat MINI (MINI Centre Instrument) yang menyediakan lambakan informasi di hujung jari anda. MINI 3 Pintu didatangkan dengan paparan 6.5” boleh dioperasikan dengan MINI Controller atau skrin sentuh. Untuk mempertingkat penawaran teknologi, MINI 3 Pintu mempunyai fungsi MINI Connected yang membolehkan pemiliknya mengintegrasi telefon pintar, aplikasi telefon pintar dan Aplikasi MINI Connected ke kenderaan MINI mereka. Aplikasi MINI Connected membolehkan pemilik kenderaan memeriksa Tahap Penggunaan Minyak (Fuel Consumption), Jarak Penggunaan Minyak (Fuel Range) dan Lokasi Terakhir yang Diketahui (Last Known Location) dengan mudah.

Cabaran untuk mengundur masuk atau keluar dari ruangan yang sempit kini tidak perlu dikhuatirkan lagi kerana MINI 3 Pintu Terbaharu dilengkapi Kamera Pandangan Belakang (Rear View Camera). Ia merupakan komplemen terhadap Pengawal Jarak Parkir (Park Distance Control), kamera ini dapat memberi gambaran jelas di bahagian belakang kereta, serta menyedi garis panduan untuk memudahkan pengendalian.

Ruangan dalaman MINI 3 Pintu dilengkapi dengan pencahayaan MINI Yours Illuminated Cockpit. Paparan akan dihidupkan dengan pencahayaan lambang Union Jack, menampilkan 12 warna yang boleh disesuaikan mengikut mood pemandu. Kemasan ruangan dalaman MINI 3 Pintu Terbaharu ini memberikan keselesaan dan sofistikasi melalui sulaman Leather Cross Punch dalam warna Hitam (Carbon Black).

MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan tujuh warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Oren (Solaris Orange), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue), Kelabu (Thunder Grey) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Alternatifnya, Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih.

  • MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu.

Kesemua roda yang dipasang pada MINI 5 Pintu pula tampil dengan roda John Cooper Works Track Spoke 17” berwarna hitam dengan efek glos tinggi, ia dicipta secara eksklusif untuk memberi sokongan berat yang optimum; juga dilengkapi tayar run-flat. Lagi satu ciri menarik ialah kit Aerodinamik John Cooper Works dimuatkan di MINI Baharu ini, menampilkan spoiler belakang yang menawan, sementara memastikan kuasa kenderaan itu difokuskan di landasan yang betul – iaitu di atas jalan raya.

Seperti MINI 3 Pintu, komponen digital yang terdiri daripada MINI Connected, Skrin Sentuh dengan Navigasi yang mempunyai paparan 6.5”, serta Kamera Pandangan Belakang juga datang bersama jentera Terbaharu MINI 5 Pintu. Berkenaan dengan kemasan ruangan dalaman, MINI 5 Pintu menawarkan penggayaan Leather Cross Punch Carbon Black dan Black Chequered Interior Style.

MINI 5 Pintu tampil dengan enam warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Kelabu (Emerald Grey), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih.

  • MINI John Cooper Works Hatch Terbaharu.

MINI John Cooper Works Terbaharu tampil dengan kelasnya tersendiri melalui beberapa ciri-ciri eksklusif. Trim Hitam (Piano Black) baharu mempertajamkan penampilan luaran jentera MINI John Cooper Works ini, memberikannya rupa paras agresif dan padan dengan kebolehan ralinya yang luar biasa.

Di samping Projeksi Logo, Lampu LED Hadapan dan Belakang, MINI John Cooper Works Terbaharu didatangkan dengan roda John Cooper Works Cup Spoke 2-Tone 18” dan Jaluran Bonet (John Cooper Works Bonnet Stripes). Jentera ini juga dilengkapi Bumbung Matahari Panoramik (Panoramic Sunroof) membolehkan lebih banyak cahaya memasuki kereta, lantas menghasilkan ambien keterbukaan berlandaskan ruangan kenderaan ini.

MINI John Cooper Works Terbaharu dikuasakan oleh Enjin Turbo TwinPower 2.0-liter 4-Silinder MINI berupaya menjana 231 kk dan tork sebanyak 320 Nm; membolehkannya memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.1 saat. Kesinambungan enjin yang berorientasikan prestasi ini ialah Transmisi Automatik 8-Kelajuan Steptronic Sports membolehkan model kenderaan John Cooper ini menjadi lebih sporty, lebih efisien dan selesa kerana kebolehan enjinnya untuk mengolah kelajuan dengan cepat. Gear boleh ditukar secara manual melalui pedal stereng. Melalui setup ini, tahap kelajuan setinggi 246 km/j boleh dicapai dengan mudah dengan kadar keefisienan minyak sebanyak 6.0 l/100 km dan kombinasi emisi CO2 sebanyak 137 g/km.

Suspensi Adaptif, yang merupakan penawaran standard, membolehkan pengendalian lebih terkawal dan lebih cekap bagi jentera Terbaharu MINI John Cooper Works. Ia memberikan kenderaan ini prestasi pemanduan ala go-kart dengan kuasa yang secukupnya serta daya pacuan melalui kotak gear Automatik 8-Kelajuan Steptronic Sports.

Ruangan dalaman MINI John Cooper Works berfungsi sebagai komplemen terhadap tarikan ralinya, dengan Tempat Duduk Kereta Lumba John Cooper Works yang disulam Dinamica Leather, dikemaskan dengan jaluran berwarna Merah (Chili Red), alas bumbung berwarna hitam (anthracite headliner) dan pedal keluli tahan karat. Mengekalkan falsafah personalisasi MINI, fascia kokpit jentera MINI John Cooper Works Terbaharu kini boleh dipadankan mengikut kehendak pemilik. Ia merupakan satu lagi tawaran ihsan program MINI Yours Customised, penawaran ini julung kalinya diperkenalkan bagi segmen kenderaan seumpamanya dan merupakan ciri yang membezakan model MINI.

MINI John Cooper Works Terbaharu dilengkapi dengan Skrin Sentuh lebih besar dengan saiz 8.8”, dan ia turut didatangkan dengan Navigasi dan Pengenalpastian Bahasa Natural (Natural Language Recognition). Teknologi inovatif Pengenalpastian Bahasa Natural ini boleh mengenal pasti ayat dalam variasi berlainan dan mampu memahami pelbagai abreviasi malah hentian dalam tutur kata, lalu membolehkan pengawalan lebih mudah untuk dilakukan melalui arahan suara. MINI John Cooper Works juga dilengkapi dengan Paparan Head Up (Head Up Display).

MINI John Cooper Works Terbaharu adalah kereta pertama dalam segmen seumpamanya yang memperkenal fungsi Pengecasan Tanpa Wayar bagi Telefon Pintar. Inovasi  lain merangkumi MINI Find Mate, membolehkan pemilik kenderaan memasang tag dilengkapi fungsi pengesan tanpa wayar pada barangan yang penting seperti beg, peti dan gelang kekunci.

MINI John Cooper Works tampil dengan empat warna: Hijau (Rebel Green), Hitam (Midnight Black) dan Putih (Pepper White) dengan Bumbung Merah, serta Merah (Chili Red) dengan Bumbung Hitam.

Bantuan Tepi Jalan MINI.

Lebih menarik lagi, Model Terbaharu MINI dilindungi program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) selama 5 tahun ditawarkan oleh MINI Malaysia. Ia boleh didapati untuk kesemua kenderaan MINI baharu dan merangkumi servis komprehensif seperti Bantuan Kemalangan 24-Jam, 365-hari-setahun, Bantuan melalui Telefon serta Talian Kecemasan (On the Spot Hotline), Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman), Kenderaan Ganti, Mobiliti Lancar (Seamless Mobility), Akomodasi, Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) MINI boleh dicapai melalui talian 1800-88-8808.

Servis Atas Talian MINI.

Jadi apa lagi, kini, anda boleh membuat temu janji servis dengan lebih mudah. Program servis atas talian yang baharu kini membolehkan pelanggan untuk menjadualkan servis yang mereka perlukan secara terus di Pengedar Sah MINI melalui https://service.mini.my

Pembiayaan MINI.

MINI Terbaharu juga boleh didapatkan dengan pelbagai opsyen pembiayaan yang inovatif, ihsan BMW Group Financial Services Malaysia. Program tersebut merangkumi MINI Full Circle Financing, MINI Straight Line Financing dan MINI Balloon Financing. Dengan MINI Balloon Financing, pelan ansuran bulanan bagi kereta MINI 3 Pintu Terbaharu bermula dari RM 2,595.00 sebulan, MINI 5 Pintu Terbaharu pula bermula dari RM 2,710.00 sebulan, dan MINI John Cooper Works Terbaharu bermula dari RM 3,247.00 sebulan.

Model-model kenderaan MINI Terbaharu boleh didapati melalui pengedar sah MINI di seluruh negara bermula dari 14 Julai 2018.

Harga jualan runcit yang disyorkan (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) bagi MINI Terbaharu dengan Waranti Perbatuan tanpa Had 4 Tahun MINI serta Servis Berjadual Percuma ialah:

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu: RM 226,888.00

MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu:               RM 236,888.00

MINI John Cooper Works Hatch Terbaharu: RM 283,888.00

Maklumat lanjut mengenai MINI Terbaharu boleh didapati di www.mini.my.

-Tamat-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here