wife-abused
Isteri, jangan biarkan diri terus didera.- kredit gambar :The rakyat post

Pada zaman kebelakangan ini, wanita lebih ramai daripada lelaki, semakin ramai wanita bekerja menanggung suami. Selagi suami itu masih memberi sumbangan bakti, baik dari segi tenaga kerja misalnya menolong di dapur, menjaga anak atau menghantar dan mengambil isteri di tempat kerja dan menjadi pelindung, wanita masih boleh menerima semua tanggungjawab itu.

Andai suami maaf kata, hanya seperti biawak hidup, setiap hari menagih wang ringgit daripada isteri, tanpa dia melakukan apa apa kerja untuk meringankan bebanan orang di bawah tanggungannya, bahkan berani pula mendera fizikal, masa itulah wahai isteri-isteri semua, jangan lagi membiarkan diri anda terus menderita!

Kata kunci di sini bagi suami ialah “Jangan sampai mendera!”

Kata kunci bagi isteri pula, “Jangan biarkan diri terus menderita!”

Jika suami, duduk pun di rumah isteri, makan tidur ber…k cang…g dan berani pula mendera, makanya `out you go!`

Alasan tidak memberi nafkah sahaja sudah cukup untuk anda keluar dari kemelut masalah itu. Jika suami sudah berani mendera, terus sahaja beritahu kepadanya, “kita jumpa di mahkamah!”

Jangan takut dan teragak-agak, mungkin bahagia menanti anda di luar sana. Bagaimanapun sebelum membuat keputusan adalah wajar, memohon petunjuk daripada Allah SWT dengan melakukan solat istikharah dan tahajjud.http://www.variaseri.com/2018/06/22/solat-sunat-tahajjud/

Peringatan kepada isteri selepas mendapat pembebasan daripada ikatan perkahwinan yang malang:
* Jangan cepat cari pengganti
* Jangan asal ada orang nak, terus terima
* Pastikan pasangan baru dapat memberi tanggungan.
* Jika sudah mendapat hak pembebasan,
wahai isteri-isteri yang teraniaya, inilah masanya untuk anda mencari orang yang lebih bertanggungjawab, buat apa mengulangi nasib yang sama?
* Ada kala lebih baik bersendiri daripada bersuamikan lelaki yang menyusahkan hidup anda.
* Hidup itu satu perjudian.
* Ingin menang dalam perjudian pun ada helah tekniknya!
* Justeru, perisaikan diri anda dengan teknik-teknik yang boleh membawa tuah kepada * diri sendiri.

  • Semoga seri dalam kehidupan anda dapat dikembalikan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here