SHARE

Kuantan, 2 Julai 2018BMW Group Malaysia telah melantik Millennium Welt sebagai wakil pengedar terbaharunya bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan. Justeru kini dengan rasminya Millennium Welt menjadi wakil pengedar kereta BMW Motorrad di Kuantan dan Rantau Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Kami melihat potensi yang besar untuk perkembangan di kawasan Pantai Timur bagi motosikal premium, dan Millennium Welt adalah rakan niaga yang berharga buat kami kerana kebolehan mereka untuk menunaikan janji penawaran pengalaman premium BMW bagi pelanggan kami di Kuantan. Kami percaya bahawa mereka pilihan terbaik untuk terus memperkukuh kedudukan kami di rantau tersebut. Dengan pemilihan Mellenium Welt sebagai wakil pengedar kereta terbaru BMW Motorrad di Kuantan, lebih mudah bagi penduduk di sekitar rantau itu untuk melihat, memilih dan mendapatkan kereta berkenaan di kedai wakil pengedar itu.

Millennium-Wel- Kuantan-showroom
Millennium Welt Kuantan wakil pengedar terbaru BMW Motorrad di Kuantan

Wakil Pengedar BMW Motorrad di Kuantan.

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, pula berkata, “Dengan pelantikan Millennium Welt Kuantan, kami mengalu-alukan lebih ramai penunggang dari rantau Pantai Timur untuk menghidupkan semangat “Make Life A Ride”.  Rantau Pantai Timur yang mempunyai jalan luas dan berangin menjadikan ia tempat sesuai untuk menunggang motosikal, namun lebih penting, rantau itu menyumbang kepada penjualan lebih daripada 50 unit motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan stabil saban tahun. BMW Group Malaysia Lantik Millennium Welt Kuantan Wakil Pengedar Kereta BMW Motorrad di Kuantan.

Millennium Welt tidak asing dengan BMW Group Malaysia, mempunyai pencapaian yang terbukti sebagai wakil jenama kereta BMW, MINI dan BMW Motorrad di Seremban juga sebagai wakil jenama BMW di Batu Pahat dan Kuantan. Pada majlis Anugerah Pengedar ke-8 yang dianjurkan BMW Group Malaysia pada awal tahun ini, Millennium Welt berjaya merangkul 13 anugerah, termasuk BMW Excellence Club Award.

En. Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies berkata, “Sebagai pengedar rasmi bagi jenama kereta BMW di Kuantan sejak tahun 2016, kami telah membina kredibiliti kukuh dengan pelanggan kami di Pahang serta kawasan berdekatan. Dengan menggunakan momentum ini, kami percaya melalui penambahan jentera BMW Motorrad ke dalam portfolio kenderaan premium kami, ia akan menyumbang kepada penjualan unit kenderaan lebih tinggi di kawasan itu.”

Millennium Welt Kuantan kini menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas, merangkumi model kereta BMW dan BMW Motorrad, serta servis Mini.

Melalui penyatuan jualan dan servis kenderaan BMW serta BMW Motorrad di bawah bumbung sama, Millennium Welt Kuantan akan mampu menterjemahkan identiti jenama ini dengan lebih khusus di pasaran seumpamanya. Ini juga membolehkan BMW memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih efisien melalui saluran lebih tepat.

Millennium Welt Kuantan beroperasi di fasiliti bilik pameran berkeluasan 28,000 kaki persegi, mampu mempamerkan sehingga lima buah kereta atau kenderaan BMW dan lapan buah motosikal BMW Motorrad. Bilik pameran itu terletak di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here