SHARE

 

KUALA LUMPUR, JUN 2018 AMWAY mengumumkan pelancaran ATMOSPHERE SKY™, sebuah sistem rawatan pembersih udara bertaraf dunia yang berupaya menyelesaikan masalah pencemaran udara di dalam kediaman, masalah serius yang dihadapi pemilik rumah hari ini.

ATMOSPHERE SKY™ ialah sistem rawatan pembersih udara generasi terkini daripada AMWAY, pengeluar sistem rawatan udara ATMOSPHERE™, produk rawatan udara terlaris di dunia*. Kualiti Udara ialah Kualiti Hidup.

Kajian yang dijalankan oleh Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat mendapati bahawa tahap pencemaran di dalam rumah adalah 5 kali lebih tercemar berbanding di luar rumah**. Terdapat pelbagai sumber pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti udara di dalam rumah dan ia bertambah buruk sekiranya udara itu dibiar terperangkap di dalam rumah. Bahan pencemaran termasuklah habuk serta hama, alergen, virus serta bakteria, bulu serta kuping kulit haiwan perliharaan, kulapuk serta kulat, asap rokok, gas memasak, debunga dan bau haiwan atau masakan. Semua ini boleh dihilangkan dengan alat pembersih udara.

“AMWAY terus melakukan kajian berkaitan kualiti udara di dalam rumah dan trend pengalaman pengguna di peringkat global bagi menjana pembangunan produk. Sistem rawatan pembersih udara ATMOSPHERE SKY™ memanfaatkan kami dalam kedua-dua bidang berkenaan dan merapatkan jurang antaranya bagi menghasilkan sebuah penyelesaian berinovasi yang saling berhubung, mudah dan terkawal agar para pelanggan dapat merasai pengalaman terbaik apabila menggunakan produk kami,” kata Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong.

Sistem rawatan pembersih udara tiga tapisan yang menggunakan teknologi Intelliflow™ serba canggih ini, berupaya menyingkir 99.99%*** partikel sekecil 0.007 mikron dengan berkesan apabila ia melalui unit berkenaan.

Sistem rawatan pembersih udara ATMOSPHERE SKY™ bertindak dengan pantas, senyap dan efektif, sementara mengekalkan kadar kecekapan tenaga yang tinggi dengan penggunaan elektrik yang rendah. Mempunyai Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) tidak kurang daripada 300 pada tahap kelajuan 5, produk ini amat sesuai digunakan untuk membersihkan udara di dalam bilik berkeluasan 43.5 meter persegi (465 kaki persegi).

Produk berkenaan turut dilengkapi dengan aplikasi “ATMOSPHERE Connect” yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk mengawal unit tersebut dari mana-mana sahaja, tidak kira masa selagi unit berkenaan bersambung dengan Internet. Aplikasi berkenaan boleh digunakan untuk mengubah tetapan, memantau jangka hayat penuras, menyemak sejarah kualiti udara di dalam rumah dan pendaftaran jaminan produk dalam aplikasi yang memudahkan pengguna.

“AMWAY sentiasa menawarkan penyelesaian berinovasi untuk kediaman di seluruh dunia yang mengurangkan kesan kualiti udara tidak sihat di dalam rumah. Unit ATMOSPHERE SKY™ serba baharu mampu memberi ketenangan kepada pengguna apabila mereka mengetahui bahawa keluarga mereka kini menghirup udara bersih di dalam rumah mereka. Kami merasa teruja dapat memperkenalkan pembersih udara ATMOSPHERE SKY™ yang serba baharu ke dalam pasaran Malaysia,” kata Pengarah Urusan AMWAY Malaysia, Mike Duong.

Sistem rawatan udara ATMOSPHERE SKY™ telah dianugerahkan dengan Allergy UK Seal of Approval, sebagai pengiktirafan kepada keupayaannya mengurangkan atau menyingkirkan alergen daripada udara yang melalui unit berkenaan dan sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai alahan. Ia turut diiktiraf sebagai jimat tenaga oleh ENERGY STAR dan menerima persijilan daripada Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM).

Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE SKY™ dijual secara eksklusif oleh Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) dan boleh didapati di seluruh negara bermula 8 Jun 2018 dengan harga RM 6,207.40.

 

Ringkasan:

ATMOSPHERE SKY™, SISTEM RAWATAN UDARA SERBA BAHARU DARIPADA AMWAY. 

Unit ATMOSPHERE™ generasi terkini lebih pantas, senyap, efektif dan mampu berhubung dengan telefon pintar anda. Kelebihannya;

  • Sistem tiga tapisan menyingkir 99.99% zarah pencemaran bawaan udara apabila ia melalui unit berkenaan
  • Berupaya memerangkap partikel sekecil 0.007 mikron
  • Product AMWAY pertama yang dilengkapi keupayaan program Internet of Things (IoT)

Maklumat lanjut, kunjungi https://www.AMWAY.my/ atau hubungi AMWAY Malaysia di talian +603-7946-2800. Aplikasi ATMOSPHERE Connect boleh dimuat turun daripada  Google Play dan Apple App Store.

* Berdasarkan kajian Verify Markets mengenai hasil jualan global 2015. Produk didefinisikan sebagai sesuatu yang mempunyai nombor model tunggal dalam rangkaian produk atau jenama.

** Environmental Protection Agency (EPA) Amerika Syarikat, Mei 2016

*** HEPA High Efficiency Particulate Filter – penapis jenis ini boleh menyingkir sekurang-kurangnya 99.97% zarah bawaan udara yang berukuran diameter 0.3 mikron

###

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here