SHARE
Anak gadis jangan suka duduk atau makan di muka pintu atau dan tangga.

 

Dalam budaya masyarakat kita banyak sangat larangan berkait dengan mitos. Mitos dikatakan ada hubungan dengan legenda dan cerita rakyat, di bawah ini dipaparkan mengenai Mitos Larangan dan Maksud.

Mitos, cerita rakyat dan lagenda

  • Mitos boleh timbul daripada catatan peristiwa sejarah yang ditokok tambah, sebagai perlambangan bagi fenomena alam atau penjelasan mengenai ritual.
  • Tidak seperti mitos, cerita rakyat boleh berlatar bila dan di mana pun, dan tidak harus dianggap nyata atau suci oleh masyarakat yang sentiasa mengingatinya.
  • Sebagaimana mitos, legenda adalah kisah tradisional yang dipercayai benar terjadi, namun berlatar pada masa-masa lebih terkini.
  • Perbezaan antara legenda dan mitos, lagenda biasanya menceritakan manusia biasa sebagai pelaku utama sementara mitos biasanya fokus kepada seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa (super).

Di Malaysia dan Indonesia, contoh mitos yang berkait dengan budaya, antaranya;

 

mitos
Banyak larangan mitos bertujuan mengelak lambat mendapat jodoh.
  • Anak gadis jangan menyanyi di dapur, nanti lambat mendapat suami. Larangan tentunya berkait dengan amalan tidak sopan menyanyi di dapur, kerana boleh melekakan dan tidak fokus di dapur. Jika lelaki mengetahui tabiat gadis itu mungkin akan berfikir dua kali untuk meneruskan lamaran.
  •  Anak gadis jangan makan di depan pintu, takut lamaran akan terhalang. Alasannya, memang tidak wajar makan di depan pintu, kerana menghalang laluan keluar masuk. Larangan ini menggalakkan si gadis makan di tempat disediakan iaitu di ruang makan. Bayangkan kalau pihak lelaki melihat si gadis di depan pintu, mesti dia dianggap gadis yang kurang sopan.
  • Anak gadis jangan makan leher ayam, bimbang kalau bersanding nanti leher akan terteleng. Kemungkinan leher ayam itu,  bahaya untuk di makan, jadi wujudlah larangan itu.
  • Jika di Indonesia, calon pengantin perempuan dilarang keras membasuh rambut saat menjelang hari perkahwinan, agar tidak turun hujan lebat ketika majlis berlangsung. Apa pula perkaitannya ayat itu, yang logiknya pengantin perempuan dilarang membasahi rambut karena menurut juruandam, kalau rambut dibasahi, sukar untuk membentuk sanggul pada majlis persandingannya.
  • Kalau menyapu mesti sampai bersih dan jangan dikumpul serta dibiarkan di sudut agar rezeki tidak mengurang (ini mitosnya). Hakikatnya, kalau dibiarkan kotoran berkumpul di satu tempat, rumah tetap kotor, sekali gus terserlah sikap malas. Ruang yang kotor menganggu keselesaan bekerja, dan ini mengganggu kemasukan rezeki.
  • Jika ada bayi di dalam rumah, bapa yang pulang daripada tempat kerja harus terus mandi dulu, cuci tangan dan kaki, sebelum memegang anak. Dikatakan bimbang jin dan syaitan mengikut melalui badan ayah, logiknya pulang dari kerja eloklah mandi dulu, untuk mengelakkan sebarang kotoran debu atau apa saja yang melekat di pakaian atau badan bapa, terkena bayi. Bayi yang baru lahir anti bodi belum kuat, mudah terkena pelbagai penyakit.
  • Larangan mitos untuk kaum wanita paling banyak berbanding lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here