Anak Muda Luah Harapan Kepada Perdana Menteri Pakatan Harapan

May 2018  – Kerajaan baru Pakatan Harapan sedang meniti hari untuk menunaikan janji manifesto 100 hari, antaranya membabitkan pertimbangan terhadap kanak-kanak, belia dan wanita.  Dengan itu, United Nations Children’s Fund (UNICEF) mengambil inisiatif salur luahan hati anak muda kepada Perdana Menteri bawah kerajaan baru, Pakatan Harapan.

Menurut Pemangku Wakil UNICEFF di Malaysia, Amjad Rabi, UNICEFF mengalu-alukan pertimbangan yang diberi terhadap golongan berkenaan dalam Manifesto Pakatan Harapan, serta sedia menantikan peluang untuk bekerja bersama dengan kerajaan Malaysia bagi merealisasikan komitmen yang termaktub dalam perjanjian 100 hari itu. – UNICEFF Salur Luahan Hati Anak Muda Kepada Perdana Menteri Bawah Pakatan Harapan

Anak Muda Luah Harapan Kepada Perdana Menteri Pakatan Harapan. Belum terlewat bagi UNICEF di Malaysia untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah dipilih secara demokratik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan mengalukan pengumuman Menteri-Menteri Kabinet utama serta Majlis Penasihat. – UNICEFF Salur Luahan Hati Anak Muda Kepada Perdana Menteri Bawah Kerajaan Baru, Pakatan Harapan.

Dengan perhatian diberikan kepada belia dan kanak-kanak dalam Manifesto Pakatan Harapan menunjukkan ini detik bersejarah bagi negara dan rakyat Malaysia, terutamanya bagi golongan terbabit. Justeru ini masa tepat untuk Anak Muda Luah Harapan Kepada Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Pemuda-pemudi Malaysia telah meluahkan aspirasi mereka untuk masa depan yang lebih cerah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14.

Amjad Rabi dalam kenyataan akhbarnya menyebut, “Keprihatinan golongan muda adalah sah dan suara mereka mesti didengari. Mereka ini amat berminat untuk menyumbang kepada Malaysia yang lebih mapan, saksama, dan inklusif.

“Salah satu cara mengukur pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara adalah dengan mengambil kira sebaik manakah golongan kanak-kanak dijaga dari segi kesihatan, keselamatan, pendidikan dan penyertaan. Kepentingan kanak-kanak harus menjadi asas segala dasar awam dan keputusan yang dibuat bagi pihak mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu tambah beliau, UNICEF menyeru kerajaan baru yang dipilih ini untuk melantik seorang Pesuruhjaya Kanak-Kanak sebagai penasihat bebas untuk memantau hak dan kesejahteraan golongan kanak-kanak, serta mengusahakan kepentingan mereka dalam segala undang-undang dan dasar.

“Dengan adanya seorang wakil khas tertumpu kepada isu kanak-kanak dan melapor langsung kepada Parlimen mengenai kepentingan kanak-kanak di agenda awam secara amanah, menggalak jabatan-jabatan berlainan untuk menyelaraskan usaha mereka dan sama-sama memperjuangkan undang-undang, dasar dan perkhidmatan yang lebih baik untuk kanak-kanak,” ulas beliau.

Lebih daripada 60 negara di seluruh dunia telah mewujudkan pesuruhjaya bebas untuk kanak-kanak dan belia, termasuk banyak negara OECD seperti New Zealand, Australia dan UK.

UNICEF sentiasa bersedia membantu kerajaan Malaysia mewujudkan seorang Pesuruhjaya Kanak-Kanak dengan menyediakan bimbingan dan bantuan teknikal dalam kerjasama dengan kerajaan bagi memberi perkhidmatan lebih bagus bagi golongan kanak-kanak..

“Kami menantikan peluang kerjasama dengan kerajaan yang baru dipilih dalam visinya untuk membina sebuah negara di mana hak setiap kanak-kanak didukung, suara mereka didengari, dan tiada sesiapa pun yang ketinggalan.

Keputusan Pilihan Raya ke-14 dan pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, telah memperbaharui  harapan dan aspirasi kanak-kanak,  Malaysia UNICEF telah menjemput kanak-kanak untuk menulis #LettertomyPM untuk menyampaikan harapan mereka terhadap masa depan.

Berdozen surat telah diterima oleh pihak UNICEFF daripada anak muda mengenai harapan mereka dalam pendidikan, penyertaan kebajikan anak-anak pelarian.

Anak Muda Luah Harapan Kepada Perdana Menteri Pakatan Harapan.

I would like to invite you to look at the letters we have received and to use them as you see fit for your publication.

Luahan hati mereka telah dikongsi dalam instagram account: https://www.instagram.com/unicefmalaysia/, dengan tag: https://www.instagram.com/explore/tags/lettertomypm/.

Antaranya:

Dear Tun Dr Mahathir Mohamad, Can we have more MRT with wheelchair signs and more cinemas with lifts so I can watch Star Wars” – Nikhil Looi, 9, KL

“Dear Tun Dr Mahathir, I want a system based on merit, not race” – Jennifer, 17, Kedah

Dear Tun Dr Mahathir, My #lettertomypm – Better roads and hygiene” – Reanna, 7, Sarawak

“Dear Tun Dr Mahathir, As a young person, I request you acknowledge child participation in our nation!” – Cathryn Anila, 18, Selangor, Baha’i Community Klang

“Dear Tun Dr Mahathir, Please don’t forget about all the children, the stateless, the poor, the refugees, and all the young people who look up to you”Fara Amalina, 23, KL, Projek Layang-Layang

“Dear Tun Dr Mahathir, I want peace in my country” – Amesha, 9, Sabah (child living with disability)

Dear Tun Dr Mahathir, We need more training for teachers; better school facilities; and iPads not books” – Herrish, 11, KL

 

 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi:

Rachel Choong, UNICEF Malaysia, +60124162872, rchoong@unicef.or

Rachel Choong

Communications Officer (Media)

Contact No. : +603 2095 9154 ext:9303

Mobile No. : +6012 416 2872

Email: rchoong@unicef.org

United Nations Children’s Fund (UNICEF)

Level 10, Menara PjH, No 2, Jalan Tun Abdul Razak Precinct 2, 62100 Putrajaya, MALAYSIA

Follow us on FacebookTwitterYouTube and at www.unicef.org/malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here