SHARE

Dutch Lady Malaysia merai Hari Susu Sedunia dengan mengagihkan 10,000 pek susu kepada murid sekolah rendah.

Bertepatan Ramadan mulia, satu majlis khas telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, Subang Jaya, 31 Mei lalu. Diadakan bersempena merai Hari Susu Sedunia, trak-trak susu Dutch Lady telah dilancarkan dengan rasmi untuk menghantar susu Dutch Lady yang penuh nutrisi ke sekolah-sekolah. Perasankah anda, inilah cara Dutch Lady Malaysia rai Hari Susu Sedunia.                                      

Berucap semasa majlis pelepasan, Encik Tarang Gupta selaku Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia berkata, tahun 2018 menandakan ulang tahun ke-55 syarikat Dutch Lady dalam membekallkan nutrisi berkualiti kepada rakyat Malaysia. Dengan itu Dutch Lady Malaysia merai Hari Susu Sedunia dengan mengagih 10,000 pek susu kepada murid sekolah di negara ini.

“Misi kami sepanjang 55 tahun lalu adalah untuk membekalkan nutrisi kepada negara ini. Beberapa generasi rakyat Malaysia telah membesar dengan susu Dutch Lady sepanjang tempoh ini dan mereka kemudian memilih jenama kami untuk diberi kepada anak mereka. Ini telah memberi motivasi lebih tinggi kepada kami untuk membekalkan warga Malaysia dengan nutrisi lebih baik daripada susu,” kata Encik Gupta di majlis Dutch Lady Malaysia Rai Hari Susu Sedunia.

Milk-world-day-dutch-lady
Dutch Ladi Malaysia rai Hari Susu Sedunia

Beliau menambah, Hari Susu Sedunia adalah sambutan sangat penting untuk Dutch Lady Malaysia kerana ia merai sumbangan penting sektor tenusu terhadap kemapanan, pembangunan ekonomi, kehidupan dan pemakanan. Tetapi yang lebih penting lagi adalah sambutan ini meraikan kepentingan susu sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

“Kami di Dutch Lady Malaysia merai Hari Susu Sedunia untuk membawa dan mengongsi kebaikan susu kepada para pengguna dan kepada generasi masa depan Malaysia,” Tarang menambah.

Memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan, Tarang berkongsi relevan dan kelebihan susu dalam bulan puasa.

“Susu dan buah kurma merupakan pasangan makanan yang sempurna  untuk bersahur semasa Ramadan. Selain daripada memberi nutrisi yang seimbang, susu dan kurma boleh membantu memberi tenaga sepanjang hari semasa Ramadan kepada mereka yang berpuasa,” beliau berkata.

Sambutan bermula dengan meriah bermula di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, di mana trak-trak susu Dutch Lady yang berwarna biru ceria telah dilancarkan untuk memulakan perjalanan menghantar 10,000 pek susu bernutrisi  ke sekolah-sekolah rendah

Majlis pelepasan turut dihadiri oleh Encik Cyril Christopher Singgam, Ketua Sektor Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan dan para pengetua SK Dato’ Jaafar Onn, SJK (C) Tun Tan Cheng Lock dan SJK (T) Tun Sambanthan, tiga buah sekolah wawasan di Subang Jaya.

Selain membekalkan khasiat kepada negara, Dutch Lady Malaysia sejak sekian lama telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk  memupuk amalan minum susu dalam kalangan murid-murid sekolah. Syarikat mula menyedari keperluan ini selepas Dutch Lady melaksanakan tinjauan bebas beberapa tahun dahulu yang dipanggil Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (South East Asian Nutrition Survey, SEANUTS), yang menunjukkan:

      • jumlah peratusan yang tinggi kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan vitamin D walaupun kita mendapat cahaya matahari yang mencukupi di negara ini;
      • kanak-kanak negara ini mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah;
      • 30 hingga 40 peratus daripada kanak-kanak Malaysia tidak mendapat nutrisi yang sesuai, di mana satu daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes.

“Kami turut memberi perhatian kepada peningkatan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease, NCD) di dunia seperti obesiti, diabetes, hipertensi dan kanser. Ini menjadikan misi kami lebih penting untuk mendidik para guru, ibu bapa dan murid-murid tentang kepentingan mengamalkan pemakanan yang betul,” beliau berkata.

“Oleh yang demikian, kami telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan sejak beberapa tahun yang lalu untuk melabur dalam inisiatif seperti Anugerah 3K dan Jr. NBA menerusi kempen ‘Drink. Move. Be Strong (DMBS)’ bagi mendidik para guru dan murid sekolah bahawa susu memiliki nutrien penting yang boleh membantu kanak-kanak mencapai lebih lagi dalam kehidupan mereka.

Melalui kempen DMBS, kami telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti ceramah pemakanan seimbang dan senaman di luar yang menyeronokkan. Kami memulakan program pada 2015 dengan melibatkan 48,000 pelajar dan sehingga kini 350,000 pelajar telah menyertai aktiviti kami. Kami sebenarnya menyasarkan lebih daripada 1 juta orang murid menjelang tahun 2020 di Malaysia,” tambahnya.

Aktiviti disediakan mendidik murid sekolah tentang kepentingan amalan diet seimbang termasuk susu serta menjalankan aktiviti sukan fizikal setiap hari bagi mencapai gaya hidup sihat – serta menangani masalah obesiti dan kekurangan khasiat dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. 

“Seiring sambutan Hari Susu Sedunia dan memperkenalkan kebaikan susu kepada generasi masa depan, kami berharap mereka dapat meneruskan amalan meminum dua gelas susu dan menjalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari bersama keluarga dan rakan-rakan,” ulas Encik Gupta.

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia, layari www.dutchlady.com.my.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here