Rashidah Ibrahim
Seramai 40 pelajar universiti awam terpilih untuk menerima biasiswa, bimbingan kerjaya dan peluang latihan industri daripada Fair & Lovely. Dengan berpakaian jubah dan topi serba merah jambu, pelajar terbabit diberikan anjugerah biasiswa berkenaan dalam satu majlis khusus yang diadakan di Kuala Lumpur 8 Mei lalu.
Fair & Lovely komited dalam usaha mempertingkat potensi wanita muda melalui penganugerahan biasiswa berkenaan yang kesemuanya berjumlah RM200,000, di samping bimbingan kerjaya dan peluang latihan industri.
Ini tahun ketiga Fair & Lovely terbabit memperkasakan initiatif berkenaan menerusi program Biasiswa Fair & Lovely 2018 bagi meningkatkan potensi wanita muda untuk mencorakkan masa depan mereka melalui pendidikan.
Kali ini, biasiswa berjumlah RM200,000 diberi kepada 40 pelajar wanita universiti awam. Program biasiswa ini diperkenalkan selaras dengan objektif jenama Fair & Lovely untuk menggalakkan golongan wanita mempunyai keyakinan diri bagi mengejar impian mereka dan menikmati masa depan yang cerah melalui pendidikan.
Pada tahun ini, Fair & Lovely melangkah setapak lagi dengan mewujudkan sebuah komuniti maya untuk 40 pemegang biasiswa ini. Tujuan platform ini dibangunkan adalah untuk menggalakkan mereka berhubung antara satu sama lain di dalam komuniti ini dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia. Melalui platform komuniti maya ini, Fair & Lovely akan membangunkan sebuah program yang menghubungkan pelajar dengan industri dan memberi mereka akses kepada program Unilever yang bertaraf dunia.
Bengkel mengenai kemahiran temuduga, bengkel kerjaya dan perkongsian kepimpinan wanita akan disampaikan oleh eksekutif wanita Unilever Malaysia.
Buat pertama kalinya, para pelajar akan dibantu untuk mendapatkan penempatan industri di Unilever Malaysia. Pemegang biasiswa yang memohon penempatan industri mempunyai kelebihan kerana mereka akan diberi keutamaan semasa proses pemilihan.
“Di Fair & Lovely, kami percaya pendidikan, keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri elemen penting untuk memperkasakan wanita dan memberi kesan positif kepada masyarakat. Dengan mewujudkan platform melalui penganugerahan biasiswa, bimbingan kerjaya dan peluang latihan industri, kami mahu wanita muda ini bersedia untuk mengejar impian dan mencorakkan masa depan mereka sendiri,” kata Lin Meiyi, Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, pada majlis tersebut hari ini.
Pada tahun ini, 40 pelajar dipilih daripada tujuh universiti awam tempatan yang mendapat undian tertinggi. Secara keseluruhan, sebanyak 20,100 permohonan diterima pada tahun ini berbanding 12,044 tahun lepas. Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Biasiswa Fair & Lovely telah membantu seramai 80 pelajar wanita muda.
Di majlis penyampaian biasiswa pada 8 Mei lalu, 40 wanita muda menerima RM5,000 setiap seorang sebagai pembiayaan untuk menampung keperluan pengajian mereka termasuk yuran pengajian, pembelian buku dan barangan keperluan lain.
Seramai 40 pelajar yang disenarai pendek adalah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Universiti Malaya (UM), Kolej Universiti Mara (KUPTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Syarat permohonan biasiswa ini, perlu mempunyai minimum CGPA 3.0 dan terbabit secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Lebih daripada sekadar jenama kecantikan, Fair & Lovely juga adalah jenama yang berkongsi falsafah menggalakkan wanita mencapai impian dan menentukan nasib mereka sendiri dengan memperkasa kekuatan dalaman dan keyakinan mereka.
Hadir di majlis itu penceramah profesional, Wawa Idris yang turut mengendalikan bengkel pembangunan sahsiah dan penjagaan diri untuk meningkatkan keyakinan para pelajar.
Nor Fazira binti Zarinol, salah seorang daripada penerima biasiswa dari Universiti Malaya berkata, “Saya bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang penerima Biasiswa Fair & Lovely tahun ini! Dengan biasiswa ini, saya dapat memberi tumpuan kepada pengajian kerana saya tidak perlu bekerja sambilan untuk membiayai pengajian untuk semester yang akan datang. Terima kasih Fair & Lovely. Saya juga terharu apabila mendapat tahu semua penerima biasiswa akan mendapat peluang pekerjaan dan pendedahan mengenai kepimpinan melalui penempatan industri di Unilever Malaysia. Peluang ini akan menjadikan saya lebih yakin untuk menghadiri temuduga dan memulakan kerjaya saya!”
Di majlis itu juga, duta jenama Fair & Lovely, Daiyan Trisha menekankan kepentingan pendidikan dan keyakinan diri untuk mencapai impian seseorang, “Saya percaya pendidikan adalah elemen paling penting dan berkuasa yang boleh membawa anda ke puncak kejayaan. Semakin banyak pengetahuan yang anda perolehi, semakin banyak peluang akan terbuka untuk anda menikmati kehidupan yang lebih baik dalam kerjaya dan perkembangan diri.”
“Program Biasiswa Fair & Lovely menggalakkan wanita muda melanjutkan pelajaran dan memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin. Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada inisiatif ini untuk tahun ketiga berturut-turut. Saya teruja untuk terus memberi inspirasi kepada kehidupan wanita muda di luar sana,” tambah Daiyan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/
###