ramadan-buffet
Aneka sambal

Ramadan datang lagi, ingin berbuka puasa bersama famili dan rakan dengan pilihan bufet pelbagai cita rasa, ingat mengenai Makan Malam Buka Puasa di Hotel Impiana KLCC. Kini berlangsung Bufet Sinar Ramadan al-Mubarak di Hotel Impiana KLCC

Di majlis itu, anda dapat menikmati hidangan berbuka puasa yang menyelerakan.
                                                              Beriani gam kambing. 
Menerusi hidangan di atas pondok warung, kaunter hidang dan sudut masakan panas, anda dapat menikmati pelbagai makanan yang tersedia. Pilih ikut selera masing-masing.
 
Team kuliran untuk majlis ini diketuai chef Mazlee Abdul Rahman yang bakal menyediakan pengalaman indah makan malam – buka puasa, dikenali “Sinar Ramadan al-Muabarak”.
 
Difahamkan, hidangan disedia menggunakan resipi famili yang diwarisi dari generasi ke generasi dan keturunannya.
 
Bufet ini menghidangkan makanan signature – Resipi Melayu dengan rempah-ratus yang menerbitkan sentuhan rasa dan keaslian masakan Melayu dan Malaysia, antara istimewa;
* Roti Pak Johan dengan sos resipi rahsia, hasil tangah cef Mazlee
* Paling istimewa sup gearbox yang dimasak dengan rempah ratus bermutu
* kambing bakar seekor
* kepak ayam dan lidah lembu bakar serta
* ayam shawarma dengan roti pita
* pisang goreng cheese dan beraneka lagi.
Ramadan Buffet
Empat cef menunjukkan hidangan istimewa untuk Bufet Ramadan Hotel Impiana KLCC.
 
Anda dapat menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan muzik langsung oleh Band Seni Melodi sepanjang bulan, selain berpeluan mencubah hidangan buah durian segar.
Sinar Ramadan Mubarak – Bufet dinner berlangsung dari 16 hingga 14 jun, 2018.
Persembahan nyanyian tradisional mengiringi majlis.
Keterangan lanjut hubungi nombor telefon tertera;   03-2147 1111

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here