Jon Erik Steenslid
fjourd-trout-norway
Ahli Pemakanan Bertauliah Alexander Prabaharan

Bagi peminat ikan salmon, tentu tahu mengenai satu lagi jenis ikan yang seakan dikenali trout. Sangat rugi bagi mereka yang tidak pernah menikmatinya. Rasa trout enak dan berkrim. Jika tidak tahu bagaimana memasaknya, di bawah disediakan tiga resipi Norway Fjord Trout untuk bulan Ramadan.

Tahukah anda trout boleh menjadi sebahagian diet penting kerana mengandungi protein tinggi, penuh dengan antioksidan serta lemak Omega 3. Khasiatnya dapat memberi tambahan tenaga, sesuai untuk berbuka puasa dan sahur pada bulan Ramadan. Semoga tiga resipi Norway Fjord Trout ini membantu anda untuk membuat pilihan masakan pada bulan Ramadan.

“Ikan trout sangat sesuai untuk hidangan sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan,” kata ahli pemakanan bertauliah, Alexandra Prahabaran. Beliau berkata demikian sewaktu majlis promosi menu resepi Norway Fjord Trout baru-baru ini. Majlis itu mempersembahkan tiga resipi Norway Fjord Trout untuk bulan Ramadan.

Tambahnya, trout kaya dengan protein, membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat dalam ikan trout  boleh meningkatkan fokus seseorang terutama pada bulan Ramadan.

Dalam majlis promosi ikan Norway Fjord Trout untuk makanan sihat sempena Ramadan, Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak ikan itu dalam masa pantas.

Sambil menunjukkan cara memasak resipi katanya, kelebihan trout tidak ambil masa lama untuk masak. Demikian kata beliau ketika menyediakan tiga resipi Norway Fjord Trout untuk bulan Ramadan.

“Caranya dibiarkan atas api sederhana, apabila bertukar sedikit warna kemudian dibalikkan di kesemua belah potongan. Ia tidak boleh terlebih dipanaskan kerana akan hilang keenakan rasa krim dan khasiatnya,” ulas beliau. Masakan ringkas dan pantas itu sesuai untuk berbuka puasa, justeru, dipersembahkan tiga resipi Norway Fjord Trout untuk bulan Ramadan.

Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara, Jon Erik Steenslid pula berkata, ikan Norway Fjord Trout adalah pilihan ikan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Daripada Indeks Pengguna Makanan Laut baru-baru ini, kajian tahunan oleh Majlis Makanan Laut Norway mendapati tiga dari empat rakyat Malaysia menganggap penting untuk mengetahui asal makanan laut mereka.

“Dan satu dari dua rakyat Malaysia lebih suka membeli ikan Norwa Fjord Trout dari Norway. Kini ikan itu ada di pasar biasa, pasaraya dan kedai makanan laut di Malaysia,” ujarnya.

Perbezaan dengan Salmon 

Ikan trout sama dengan salmon tetapi Trout Fjord dikategorikan ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya merah jingga yang ketara. dan sedikit putih. Ia mempunyai rasa enak dengan khasiat tersendiri.

Salmon lebih lembut dan lebih sesuai dimakan mentah, sementara trout sedikit kenyal serta enak apabila dimasak.

Trout mempunyai kulit berkilat dan keperakan seperti juga salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon.

Trout diternak dalam lautan Fjord Norway sejuk yang air lautnya bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan.

Norway sebagai negara pengeluar

Norway adalah perintis terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon.  Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber sumber itu dengan cara betul supaya mendapat ikan yang bermutu tinggi.

Ikan ternakan berkenaan diberi bahan makanan proses yang berkhasiat dan selamat.

Pelet makanannya mengandungi 70 peratus sayuran, 30 peratus bahan marin selain protin, karbohidrat, vitamin dan mineral serta bukan gmo bahkan mematuhi peraturan makanan EU.

Norway adalah pengeskport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar Salmon Atlantik dan Ikan Fjord Trout yang terkenal di dunia.

Selama berabad-abad makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway.

Majlis Hidupan Laut Norway  (NSC) dimiliki Kementerian Perdangangan, Perindustrian dan Perikanan adalah badan yang bertanggungjawab meluluskan pengeksportan makanan laut Norway.

Untuk mengenali ikan asli dari negara itu, lihat pada tanda dagangan “Seafood From Norway” iaitu simbol asal dan kualiti untuk semua makanan laut dari negara itu.

RESIPI

Kaffir Chilli Norwegian Fjord Trout dengan  Bubur Quinoa.  – Tiga Resipi Norway Fjord Trout Untuk Bulan Ramadan

Kaffir Chilli Trout Fjord Norway

resipi ikan trout
Kaffir Chilli Trout Fjord Norway

Bahan:

1 filet Trout

1 daun lime kaffir, dihiris nipis

1 cili padi merah, dihiris

1 genggam.  daun ketumbar

1 cawan quinoa, masak

1 cawan stok ikan

1daun bawang

Garam, lada sulah

 

Cara masak:

Satukan quinoa masak dan stok ikan dalam periuk, didihkan sehingga menjadi bubur likat. Sementara menunggu bubur masak, masukkan seketul ikan trout dalam kertas aluminium atau daun pisang. Letak daun lime kaffir, lime, cili padi. Tabur garam dan lada sulah lalu bungkus kemas dan bakar dalam ketuhar 200 darjah selama 15 minit. Masukkan bubur dalam mangkuk. Apabila trout masak, keluarkan dari ketuhar dan letakkan di atas bubur. Tabur daun bawang semasa menghidang.

 

Seared Norway Fjord Trout dan Salad Kentang Asia. -Tiga Resipi Norway Fjord Trout Untuk Bulan Ramadan

trout fjord dan salad kentang
Seared Trout Fjord dan Salad Kentang

Bahan:

1 filet Trout

2 ketul potato, dimasak

1 sudu besar kicap

1 sudu besar minyak bijan

1 daun bawang, dihiris

1 sudu teh bawang merah goreng

1 inci halia, parut

Garam, lada sulah untuk perasa

Minyak zaitun

 

Cara memasak

Lumur trout dengan sedikit minyak zaitun, tabur garam halus dan lada sulah. Bakar dalam ketuhar 200 darjah C selama 10 minit. Sementara itu, potong kentang dalam bentuk kiub dan letak ke tepi. Pukul sos soya (kicap) bersekali minyak bijan dan halia parut.  Gaul pada kentang masak dan tos. Tabur bawang goreng dan daun bawang di atas kentang dan hidangkan bersama trout yang dimasak.

 

 Norway Fjord Trout Bakar dalam Daun Pisang.-Tiga Resipi Norway Fjord Trout Untuk Bulan Ramadan

Fjord Trout Bakar
Norway Fjord Trout Bakar dalam Daun Pisang.

Bahan:

1 filet Trout

1 sudu makan serbuk kari ikan

1 sudu makan serbuk cili

1 sudu teh gula perang

1 sudu the belacan, parut

Daun lime kaffir, dititik

Minyak zaitun

Garam

Daun pisang

 

Cara memasak:

Campurkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula dan garam. Kelar ikan trout di bahagian kulit, sapu campuran rempah tadi. Masukkan daun kaffir lime ke dalam garis kelar ikan, letakkan sedikit minyak pada ikan dan bungkus dengan daun pisang. Panggang dalam ketuhar  220 darjah C selama 15 minit. Hidang bersama sambal.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here