SHARE
snickers-oat
snek mudah dimakan, Snickers oat

Bagi mereka yang tidak tahan lapar, perlu sentiasa membawa bekalan walau ke mana sahaja. Sama ada sedang bekerja, mengembara atau menonton atau terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas, apakah makanan paling mudah untuk mengisi perut yang tetiba kelaparan, jawapannya adalah snek SNICKERS Oats! Justeru andai tiba-tiba perut berkeroncong, hilangkanlah lapar dengan SNICKERS Oats.

SNICKERS Oats adalah makanan yang paling praktikal untuk dimakan sewaktu perut anda tiba-tiba meminta makanan. Dengan sentiasa membawanya sebagai bekalan, anda tidak akan terkocoh-kocoh mencari kedai makan sewaktu berada di luar rumah, hatta ketika di rumah anda boleh saja mengisi perut dahulu sebelum memulakan kerja memasak makanan yang sesetengahnya mengambil masa yang agak lama untuk disediakan.

Justeru, bagi mereka yang sentiasa sibuk sama ada sedang dalam perjalanan, menunggu untuk melengkapkan perjanjian perniagaan, atau terperangkap dalam mesyuarat yang panjang, SNICKERS kini dapat membantu.

SNICKERS Oats baharu, adalah snek yang membantu anda bertahan apabila perlu menunggu lama dan mula berasa lapar!

Snickers Oats

SNICKERS Oats yang padat dengan oats dan digabungkan dengan rasa coklat mewah, karamel dan kacang yang amat dikenali penggemar SNICKERS. Ia juga merupakan snek  sangat sesuai untuk pengguna yang berasa lapar apabila menjalani rutin harian yang panjang – sama ada di tempat kerja, mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan di universiti atau apabila sedang dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadanya ialah berasa lapar. Akibatnya, kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangkan.

“Disebabkan rakyat Malaysia meluangkan purata satu jam semata-mata untuk perjalanan, ia bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga menyebabkan banyak masa berharga hilang. Oleh itu, kami percaya SNICKERS Oats boleh membantu pengguna yang sering perlu menunggu lama setiap hari untuk membantu mereka bertahan kerana ia adalah snek mudah yang boleh dinikmati sebelum waktu makan seterusnya,” kata Yee Pek Kuan, Kategori Business Unit Director of Mars Developing Asia.

SNICKERS Oats dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna, dengan memberi kenikmatan setiap kali dirasai, bersama rasa coklat dan kacang yang enak dan padat dengan oat.

Keceriaan Snickers oat

Pengguna kini boleh bertahan apabila perlu menunggu lama dengan mendapatkan SNICKERS Oats di mana-mana kedai serbaneka atau cawangan runcit di seluruh negara.

SNICKERS Oats juga didatangkan dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dan kedai serbaneka seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS Oats dan peraduan dalam talian:

Halaman Facebook Rasmi    : https://www.facebook.com/SnickersMalaysia/

Hashtag Rasmi            : #SnickersOats #SurviveTheLongWait

Oleh Zurin Holit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here