SHARE
Salam Wisata
Kali ini kakak nak share satu tradisi ritual memanggil hujan yang dikenali sebagai Gebug Ende.  Ni adalah antara satu khazanah budaya masyarakat Bali yang unik dan masih kekal hingga ke hari ini.
Peserta sedang bertarung dalam persembahan ritual memanggil hujan, Gebung Ende di Bali
Tradisi kesenian ini adalah ciri khas dari Desa Seraya, Karangasem. Penganjuran pesta tradisi ini selalunya diadakan pada bulan Oktober dan November setiap tahun.
Persembahan Gebung Ende, adalah tradisi ritual memanggil hujan di Bali yang tentunya dilihat unik dan asing oleh masyarakat di tempat lain.
Peserta dipakaikan ikatan kain di kepala sebelum acara dimulakan.
MAKSUD GEBUG ENDE
‘Gebug’ bermaksud memukul ,  dan senjata yang digunakan diperbuat dari rotan sepanjangnya  1.5 – 2 meter. Manakala, ‘Ende’ adalah alat penangkis berbentuk bulat diperbuat dari kulit lembu.
PERTARUNGAN
Pertarungan dalam acara Gebug Ende, ritual memanggil hujan.
Penyertaan dalam acara Gebug Ende adalah khas buat kaum lelaki sahaja. Bukan untuk dewasa aja tetapi anak2 juga digalakkan penyertaannya  bagi menyambung adat tradisi ini untuk generasi akan datang.
Sebelum memulakan pertandingan Gebung Ende, diadakan acara ritual terlebih dahulu bagi memohon kelancaran dan keamanan sepanjang pertandingan dijalankan. Setelah itu, 3 orang pengadil mengambil tempat di gelanggang dan salah seorang membaca peraturan permainan di mana perserta hanya dibenarkan memukul daripada kepala hingga pinggang.
gebung-ende-show-in-Bali
Gebug Ende diiringi lantunan muzik gamelan
Sewaktu permainan Gebug Ende berlangsung, peserta tidak dibenarkan melintas garisan dimana terletaknya buluh sebagai pemisah atau tanda batas kawasan lawan. Masa permainan adalah selama 10 minit.  Peserta diwajibkan memakai pakaian adat dan udeng (ikat kepala).
Pertandingan Gebug Ende diiring dengan bunyian gamelan bagi memanaskan suasana. Detik pertaruhan bermula dan kedua2 peserta akan memulakan dengan menari-nari keliling kawasan sendiri  sambil mencari posisi terbaik untuk menyerang pihak lawan.
Aksi peserta sewaktu mempersembahkan adegan Gebug Ende.
Wah! Sangat menarik tetapi menggerikan melihat adegan serang menyerang antara mereka. Kelihatan badan peserta berbirat dan berdarah terkena pukulan rotan. Kita yang melihatnya terasa sakit, tapi mereka selamba saja menari-nari gembira tanpa menunjukkan muka berkerut kesakitan.
Warga percaya, luka pukulan rotan merupakan petanda akan turun hujan.
Sekian dahulu kiriman pengkisahan kakak dari Bali, bertemu lagi kita dalam bicara yang lain ya..
Daa..
SAM RAJA AZIZ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here