Restoran Tonka Bean Café & Deli, Hotel Impiana KLCC pada hari itu meriah dengan warna tema serba merah, sempena pesembahan hidangan Buffet Tahun Baru Cina 2018.
Daripada napkin sehinggalah kepada kemasan seni di tempat hidang, semuanya memaparkan warna merah yang dikaitkannya dengan Tahun Baru Cina.
Itu menandakan Buffet Tahun Baru Cina 2018 menunggu anda, tidak lama lagi.
Maka bersedialah untuk meraikan tahun kemakmuran dan kejayaan itu bersama Hotel Impiana KLCC. Baru-baru ini wakil media dan bloggers muncul memenuhi jemputan pihak hotel bagi meraikan majlis Makan Malam Buffet Tahun Baru Cina 2018.
Makanan istimewa antaranya isi Ayam Goreng bersama sos kicap lada hitam, disediakan oleh chef Bustami Osman selaku Chef Sous Kanan Hotel itu, hidangan berkenaan akan menjadi menu khas untuk Buffet Tahun Baru Cina yang akan datang.
Mulai Februari 15, manjakan diri anda di majlis Buffet Reunion Tahun Baru China, Hotel KLCC Impiana, di Tonka Bean Café & Deli akan menyediakan hidangan istimewa seperti Ikan Jeli dengan Pes Szechuan dan Biji Bijan, Sup Makanan Laut Rebus dengan Ketam Roe, Udang Harimau Goreng dengan Kicap Soya Istimewa, Ketam Cili Goreng, Lempeng Pes Teratai Goreng dan makanan istimewa lain.
Majlis Makan Malam itu bermula jam 6.30 hingga 10.30 malam , dengan harga RM149 nett seorang.