
Jika selama ini anda pengguna tegar susu tepung Fernleaf, dimaklumkan bahawa kini telah dilancarkan susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru jenis isian kotak. Susu sedia diminum Fernleaf serba baharu menyokong matlamat kehebatan rakyat Malaysia dengan seratus peratus kebaikan susu dari New Zealand.
Dengan pengenalan susu UHT Fernleaf ini, mudah untuk diminum tanpa perlu dibancuh. Ia boleh disimpan dan terus diguna apabila perlu, dengan hanya membuka kotak dan minum. Dengan itu, mudah dihidang kepada tetamu, dibawa sebagai bekalan untuk kegiatan berkelah mahupun kembara.
Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru ini, Fernleaf menggalak warga Malaysia mencapai tahap kehebatan masing-masing dengan disokong semangat pasti-boleh dan 100 peratus kebaikan susu dari New Zealand.
Berucap sewaktu pelancaran produk baru itu, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Karen Ong berkata, setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing.
“Sama ada sampai ke tempat kerja tempat tepat pada masa, mendukung anak anda, mengangkat barang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental serta fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan seharian.
“Dengan kebaikan susu 100 peratus di mana sahaja anda berada, Fernleaf menggalak warga Malaysia dalam mengejar kehebatan setiap hari, teutamanya sewaktu bekerja atau meluangkan masa bersama rakan dan keluarga,” tambahnya.
Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baru , sesuai untuk seisi keluarga. Dilengkapkan dengan nutrien penting seperti protein , vitamin A dan D serta kalsium, susu ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana sahaja mereka berada dan bersedia mencapai kehebatan masing masing.
Menjelaskan mengenai sumber dan pengeluaran susu Fernleaf, Ong berkata, “Ramai pengguna tahu susu Fernleaf berasal dari New Zealand tetapi ramai tidak sedar bahawa Fernleaf disokong oleh rangkaian besar yang komited ke arah kecemerlangan tenusu. Syarikat induknya, Fonterra adalah syarikat nutrisi tenusu global dimiliki 10,500 peladang dan keluarga mereka yang disatukan dengan matlamat bahawa kecemerlangan tenusu dapat membawa perubahan.”
Foterra berkembang pesat meliputi empat benua, memiliki persamaan dari segi standard mutu tenusu yang ketat. Komitmen ini yang menjadikan Fernleaf, jenama susu tepung keluarga No. 1 di Malaysia sebagai `Trusted Goodness`, para ibu Malaysia untuk keluarga mereka.
“Sepanjang 30 tahun lepas, Fernleaf membawa kebaikan tenusu dari ladang-ladang kami dari New Zealand kepada keluarga di negara ini dan menyediakan nutrient yang menyumbang kepada diet sihat dan seimbang,” ulasnya.
Bagi menggalak rakyat Malaysia dalam mencapai kehebatan Frenleaf menjemput wara Malaysia tidak kira umur menyertai pendakian yang pasti dapat meningkatkan semangat mereka. Cabaran pendakian dinding dan aktiviti lain menarik lain menanti di LG Oval pusat membel- belah 1 Utama dari 10 hingga 14 Januari,.
Susu ini boleh didapati di pasaraya Hiper, pasaraya dan kedai di seluruh negara pada harga RM 5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM 6.60 bagi setiap pek 1 liter.
Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan rasa , penuh krim, rendah lemak dan coklat, untuk memenuhi setiap cita rasa berbeza dalam keluarga.