

Pernah dengar nama restoran Pak John Steamboat & BBQ? Macam pelik saja nama restoran itu. Menggabungkan nama Melayu dan Inggeris. Persis nama pengacara program kembara tv popular, Mat Dan.. gitu. Itulah yang admin terfikir sewaktu di majlis Restoran Stimbot dan Panggang (BBQ), Pak John. Ia adalah cawangan restoran berkenaan yang kedua yang baru dibuka.
Kenapa diberikan nama Pak John? Menurut pihak pengurusan, mereka merasakan nama itu lebih mudah dan `friendly`. Bermaksud menzahirkan kemesraan dalam hubungan seharian.

Majlis pembukaan cawangan kedua Restoran Stimbot dan BBQ Pak John berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.
Pembukaan cawangan itu dibuat sempena ulang tahun ke enam, penubuhan Restoran Pak John Steamboat & BBQ yang pertama. Restoran pertama terletak di e-Curve, Mutiara Damansara.
Dengan modal permulaan RM40,000 untuk pembukaan kios kecil, kini Pak John berkembang menjadi dua. Restoran itu masing-masing boleh menempatkan 150-200 pelanggan satu masa.
Majlis dimulakan dengan paluan kompang. Pukulan kompang mengiringi tetamu kenamaan, selebriti pengarah dan pelakon, Datuk Rosyam Nor.
Restoran cawangan baru itu memberi lebih peluang kepada pengemar stimbot dan yang tinggal berhampiran kawasan Putrajaya.
“Bahan rebus dan panggang itu dihidang bersama hampir 20 pilihan sambal dan sos,” ujar Pengarah Urusan, David Chong.
Keistimewaannya, aneka hidangan dipastikan segar dan berkualiti. Masakan termasuk Dim Sum, daging lembu, kambing, itik mahupun abalone. Turut disediakan pencuci mulut. Antaranya buah, cendol dan sagu gula Melaka. Turut ditawarkan tembikai susu cair, waffle, ais kacang dan ais krim. Tidak ketinggalan serta minuman sejuk dan panas.
Berpegang kepada motto, “We only serve quality & fresh” maka tidak hairanlah semua bahan disediakan di situ segar dan bermutu tinggi.