SHARE
stimboat
Terdapat pilihan 160 pjenis bahan makanan dan 20 sos.

Pernah dengar nama restoran Pak John Steamboat & BBQ? Macam pelik saja nama restoran itu. Menggabungkan nama Melayu dan Inggeris ala ala nama pengacara program kembara tv popular, Mat Dan.. gitu!

Kenapa diberikan nama Pak John? Menurut pihak pengurusan, mereka merasakan nama itu lebih mudah dan `friendly` iaitu menzahirkan kemesraan dalam hubungan seharian.

panggang-stimbot
Leka menikmati hidangan

Pagi itu berlangsung majlis pembukaan cawangan pertama restoran itu di IOI City Mall, Putrajaya.

Pembukaan cawangan itu dibuat sempena ulang tahun ke enam, penubuhan Restoran Pak John Steamboat & BBQ yang pertama di e-Curve,  Mutiara Damansara.

Dengan modal permulaan RM40,000 untuk pembukaan kios kecil, kini Pak John  berkembang menjadi dua restoran masing-masing boleh menempatkan 150-200 pelanggan satu masa.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang mengiringi tetamu kenamaan, selebriti pengarah dan pelakon. Datuk Rosyam Nor.

Restoran cawangan baru itu akan memberi lebih peluang kepada pengemar masakan stimbot dan panggang yang tinggal berhampiran kawasan Putrajaya.

“Bahan rebus dan panggang itu dihidang bersama hampir 20 pilihan sambal dan sos,” ujar Pengarah Urusan, David Chong.

Keistimewaannya, aneka hidangan dipastikan segar dan berkualiti, sama ada Dim Sum, daging lembu, kambing, itik mahupun abalone. Turut disediakan pencuci mulut meliputi buah, cendol, sagu gula Melaka, tembikai susu cair, waffle, ais kacang, ais krim serta pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.

Berpegang kepada motto, “We only serve quality & fresh” maka tidak hairanlah semua bahan disediakan di situ segar dan bermutu tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here