Dalam kehidupan kita tidak lari daripada dilanda masalah barang hilang atau dicuri. Jika hilang kerana kecuaian sendiri siapa lagi hendak dipersalahkan melainkan diri sendiri, jika hilang kerana di curi orang maka itu dikatakan takdir. Sama ada hilang di tangan sendiri atau diambil orang, sama sahaja perasaan yang dirasai, lumrahnya kita akan berasa sangat terkilan dan sakit hati, namun jangan terus gundah kerana ada doa untuk dapatkan barang hilang.
Barang hilang kerana kecuaian sendiri, selalunya berpunca daripada terlupa tempat letak atau tertinggal di mana-mana. Yang hilang di dalam rumah sendiri lebih besar kemungkinan untuk mendapatkannya semula tetapi kalau hilang di tempat umum, maka nasiblah. Namun janganlah hanya berserah, masih juga boleh berdoa untuk dapatkan barang yang hilang.
Sama juga dengan keadaan hilang di rumah atau di tempat lain, anda seharusnya segera berdoa untuk mendapatkannya kembali.
Jika barang hilang dalam rumah atau di mana sahaja, apa yang selalu amalkan mudah saja iaitu baca surah Al Lahab iaitu Tabbattiada Abilahahim watabb…….. sampai habis. Baca berulang-ulang sambil berdoa di dalam hati semoga barang itu dijumpai semula. Berdoa itu tentulah dengan penuh khusyuk memohon belas daripada –NYA agar barang dijumpai semula.
Setakat ini, apa yang saya amalkan menjadi.. maksudnya akan terjumpa semula bergantung kepada izin-NYA.
Doa mendapatkan semula barang yang dicuri.
Jangan cepat berputus asa, segeralah berdoa. Ada dua pengalaman kereta hilang. Pertama membabitkan sebuah van di curi di hadapan rumah pada waktu malam, yang pertama ini kami mendapatan bantuan orang alim untuk berusaha memohon mendapatkannya semula, dan mengejutkan, van itu dipulangkan pada hari itu juga.
Van berkenaan hilang sebelum waktu subuh, dan dipulangkan pada waktu petang. Salah seorang ahli saudara memaklumkan dia terlihat van berkenaan ada berhampiran kawasan surau. Ya memang betul, tetapi sedih melihat keadaan van yang terkopak di kawasan pintu, entah apa dilanggarnya dan kereta tidak boleh dimatikan. Maksud dia semacam terpasang, menunjukkan sistem pendawaian sudah dirosakkan.
Kedua, hilang sebuah kereta dicuri orang di hadapan rumah. Sama juga dengan van tadi. Yang ini tidak minta doa daripada orang lain, beberapa lama setelah hilang barulah teringat hendak berdoa sendiri, mengikut doa yang diketahui dan juga merujuk beberapa doa yang disarankan di internet.
Doa yang diberikan di atas tu mudah saja, tetapi doa yang payah sikit boleh rujuk sendiri di internet, untuk tahu ia berkesan atau tidak, tengok di bahagian komen, jika ada yang memberi respon berkesan setelah diamalkan, yang itu bolehlah dicuba.
Saya pernah cuba beberapa doa yang disyorkan oleh ustaz di internet, Alhamdulillah dengan izin Allah ada yang berkesan.