SHARE

 

Kepada semua, selamat tahun baru. Kini sudah 2018. Bermakna usia hidup kita di dunia ini semakin singkat, jadi mari kita fikirkan persoalan mengenai kehidupan abadi kelak. Permulaan hari tahun baru ini, VS nak berkongsi dua doa penting dalam kehidupan kita. Doa dan zikir ada seribu satu macam, tahukah anda apakah doa atau zikir selepas solat subuh dan maghrib yang tidak harus ditinggal, dan mengapa?

doa-selepas-solat
doa selepas solat subuh dan maghrib.

Kredit gambar dari: doakatoliksalammaria.wordpress.com

Sebagai umat Islam kita semua tahu, hidup di dunia ini hanya satu persinggahan, tanggungjawab kita di muka bumi ini adalah untuk membuat persediaan tinggal di dunia abadi, jadi tentulah ramai daripada kita mahu pergi daripada dunia maya ini dengan mendapat jaminan syurga, walaupun tahu telah melaku kan banyak kesalahan dosa sehingga tidak terkira.

Apa yang kita mahu ketika berada di alam kekal nanti? Tentulah mahukan syurga dan mengelakkan daripada dimasukkan ke dalam neraka. Bagaimana untuk mendapatkan jaminan itu? Apakah doa atau zikir selepas solat subuh dan maghrib yang jangan ditinggalkan itu?

Mungkin ada yang terfikir gila ke apa, bagaimanalah boleh kita tahu yang kita akan mendapat jaminan syurga dan terselamat daripada api neraka?

Ya, memang kita tidak tahu nasib kita di dunia abadi namun Nabi Muhammad SAW telah berpesan. Menerusi seorang yang dikenali dengan namanya sebagai Muslim, Nabi SAW berkata; pertama,

  1. Selepas solat subuh sebelum bangun dan bercakap dengan orang lain, jangan lupa sebut doa ini tujuh kali.

Allahumma ajirni minannar : 7 x (Ya Allah, jauhkan aku daripada api neraka)

Nabi SAW berkata, jika kamu membaca doa ini dan ditakdirkan kamu mati pada hari itu, insya-Allah selamat daripada api neraka…Maksudnya, Allah akan tulis nama kamu terselamat dari neraka… pendek sahaja doanya kan?

Jadi, untuk mendapatkan jaminan ini pada setiap masa, setiap kali selepas solat subuh, jangan ditinggalkan sebutan doa ini dan jadikan ia amalan harian.

Kedua,

2. Selesai beri salam selepas solat maghrib, sebelum bangun dan bercakap dengan orang, baca tujuh kali doa ini;

Allahumma inni as alukal jannah –  7 x (Ya Allah,  aku minta syurga mu – bagi satu tempat kepadaku di syurga).

Jika kamu baca doa ini selepas maghrib dan ditakdirkan kamu meninggal malam itu, kamu akan diberikan syurga oleh Allah SWT kata Nabi SAW.

Jadi, untuk mendapatkan jaminan ini pada setiap masa, setiap kali selepas solat maghrib, jangan ditinggalkan sebutan doa ini dan jadikan ia amalan harian.

Kerana satu doa itu terpakai untuk sehari itu, jadi untuk mendapatkan jaminan itu perlulah diamalkan setiap waktu berkenaan.  Ya, kata kuncinya, istiqomah!

Sumber: Ceramah Datuk Ustaz Shamsuri Ahmad di youtube.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here