SHARE

 

hukuman-rotan
Hukuman rotan, biasa saja pada masa dulu. Kredit gambar -potelo89.blogspot.my

 

Pasal cikgu marah budak sampai tampar atau rotan, bukan tak setuju, asalkan tak cedera, hanya rasa sakit perit sejam dua, okey la.

Bagi budak serik baguslah, supaya dia tak ulang kesalahan, ingat lagi betapa tensionnya semasa di sekolah rendah, tiba subjek matematik je seriau, takut betul pada Mr Sohan Sigh.

Masuk kelas je terus soal sifir mengejut-ngejut, sambil pergi ke setiap seorang murid menyoal dengan rotan halus di tangan! Tak dapat jawab, pelepuk rotan atas telapak tangan.. berbirat!!

Ni kawan-kawan dari Kelas Biru Sekolah Rendah Jenis Kebangsan Inggeris, Jerantut (SRJKI), mesti ingat kenangan ni sampai bila-bila!

Ada juga cikgu suka denda berdiri atas kerusi, ini tak sakitlahkan tapi hati yang sakit sikit, sebab malu..tetapi kalau berdiri berjemaah (ramai-ramai) hilanglah rasa malu, sebab semua kena. Ha ha.. Ini selalunya untuk kesalahan bising satu kelas!

Betul kita dulu, kenda denda di sekolah tak pernah cerita ke mak pak pun. Sebab ia perkara biasa.

Tapi time kita jadi mak pak, kita peka sikit.

Ada cikgu sangat bertolenrasi tidak terus report pada ibu bapa dia guna cara diplomasi untuk `jinakkan` budak yang nakal. Sebab kalau dia terus adu kepada ibu bapa, jadi apakah fungsi dia sebagai guru disiplin untuk menukar karektor budak yang nakal kepada baik? Tugggu bila dia dah gagal, barulah adu dan panggil ibu bapa berbincang.

Setakat panjat pagar pergi beli barang, tu ha ha mungkin tak teruk, sangat kut kesalahan, bergantung pada niat nak pergi membeli barang makanan seperti maggi ke nak pergi cari dadah, atau bergaul dengan budak jahat, selidiki dulu tujuan mereka sebelum diberi jenis denda dan hukuman.

Ada satu kes, entah apa sebabnya seorang pelajar ni, pelajaran makin menurun sewaktu di MRSM, dipanggil mengadap guru besar, depan anak ibu bapa dan guru berbincang, tanya anak, apa masalah dia senyap je tak jawap sepatah pun.

Guru besar buntu dan naik angin lalu keluar daripada mulutnya perkataan yang tidak sepatutnya, yang ibu bapa marah apabila apabila guru besar cakap,”Budak ni bila besar nanti, tak jadi apalah!:”

Wah berderau rasanya darah mereka, bukankah itu satu doa, tak bagus seorang guru atau orang tua cakap begitu pada budak. Bukankah lebih manis, kalau dia merungut begini, “budak ni, tak tahu nak jadi apa bila besar nanti?”

Bukan dia boleh menentukan nasib seseorang anak!

Satu lagi apabila budak yang nakal, diberikan markah terburuk dalam rekod disiplin, itu memang tidak bagus, kata seorang budak yang mendapat penilaian rekod seperti itu, “buat apa nak simpan laporan dispilin kalau ia tertulis teruk, nak tunjuk pada siapa?” Nampak gayanya dah insaf dia. Tapi terkenangkan report tu, tersimpan rasa tidak puas hatinya pada cikgu tu sampai bila-bila.

Katanya, memang dia koyakkan laporan tu!.

Betul juga, budak walaupun nakal suatu ketika dia akan tersedar juga dan tahu kesalahan (bila dah matang), cikgu pun kena hati-hati dengan rekod penilaian disiplin pelajar.

Jangan apabila rekod akademiknya dah cemerlang, tengok rekod disiplin buruk, terus gagal dapat kerja. Bukankah ini menyulitkan lagi masa depan dia?

Apa pun, semua nasib Allah yang tentukan…

Peri  hal budak pertama tadi, yang dikata oleh guru besar, ‘bila besar nanti tak jadi apa`, sekarang elok je kerja dengan satu syarikat korporat, berkedudukan di bahagian pembelian dan pemberian tender harga berjuta-juta lemon duit, bila-bila masa dia terdedah pada perbuatan sogokan rasuah.

Dia yang  menentukan pemilihan pemberian tender tetapi sangat tegas, tidak terlintas pun di hatinya untuk mengambil rasuah, kalau disogokkan.

Alhamdulillah kalau dia berfikiran begitu, ibarat katanya biar nampak sengkek, asalkan tidak rambang mata terbabit dengan  perbuatan salah tu. Dalam pada bermasalah semasa budak, ada juga fikiran baik dia bila dah dewasa. – Wallahualam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here