SHARE
Mendengar ceramah agama, selalu ada sahaja nasihat berulang-ulang daripada ustaz. Mungkin terdetik di hati kita, ala dah tahu dah, tetapi ada yang alpa. Jadi bagus juga nasihat berulang daripada ustaz tu. Peringatan kali ini mengenai, Kenapa kita diberi ujian hidup atau sakit berterusan oleh Allah SWT.
Teringat satu kata-kata ceramah – “Hanya orang disayangi sahaja diuji oleh Allah” maksudnya – kepada sesiapa sahaja sedang ditimpa keksusahan, sakit atau ujian apa bentuk sekali pun, ingatlah bahawasanya kita ini dipilih oleh-Nya untuk diuji, sebab apa? 
 
Diberikan dugaan tengah kita dalam keadaan sihat, gembira, senang, bahagia dan leka, untuk menarik kita supaya kembali mengingati-Nya – Ustaz Malik Al–Furqon.
 
Ulasan:
Mungkin ujian itu agak lama, untuk buat kita terus sebati mengingati-Nya, apabila sudah mengingati dan mengerjakan perintah-NYA secara rutin, bermakna Alhamdulillah, sudah kembali kukuh ikatan kita dengan-NYA, Kasihnya-DIA kepada kita, diberikan dugaan yang agak lama supaya kita terus mengingati-NYA.
 
Kata kunci pagi ini adalah “IKATAN ALLAH” .
Hidup semua makhluk di maya ini terikat perjanjian dengan-NYA.
 
Ya Allah,
Ampunkan kami yang leka.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here