reka-corak -kasut-pelbagai
Untuk yang gemarkan warna ceria.

Ini kisah pasal kasut. Skechers namanya. Sekali dengar macam skecthers tetapi bukan macam tu ejaannya, ejaan betul adalah tanpa` t`. Apa kelebihannya Skechers?  Kalau kasut tentulah dari segi keselesaan, kerana dasar tapaknya lembut dan ANJAL. Ya kelebihan yang tepat adalah anjal. Kini Kasut Selesa, SKECHERS™ boleh didpati di CITY OUTLET Baru di pusat beli-belah IPC, Mutiara Damasara.

“Anjal dan kemas, bukan anjal lembik dan melepek!”

Dengan ciri yang disebutkan itu, apakah maknanya? Tentulah selesa dan tidak sakit, walaupun berjalan lama. Itulah faktor yang dicari oleh orang sekarang untuk memilih kasut! Jadi, kalau nak cuba kasut selesa, SKECHERS™ bolehlah ke CITY OUTLET Baru di IPC.

Selain koleksi kasut terkini, jenama ini juga meliputi produk pakaian kegemaran khusus untuk bersukan dan gaya hidup cergas.

skechers-majlis-pembukan
Dari  kiri ke kanan
Mr CH Cheng, Brand Manager of Skechers Malaysia
Ms Elaine Chua, Director of Halo Ventures Sdn Bhd
Ezzat Eddy, Social Media Influencer
Fatin Afeefa, Social Media Influencer
Vincent Leung, President of Skechers Hong Kong and Southeast Asia,
Ms Susan Chua, Vice President of Skechers ASEAN
Karen Kho, Social Media Influencer
Mia Chai, Social Media Influencer
Lucas Lau, Social Media Influencer
Mr Spencer Chua, Director of Halo Ventures Sdn Bhd

 

PELANCARAN

13 Disember 2017, Petaling Jaya: SKECHERS USA, Inc (NYSE:SKX), sebuah jenama global terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup kini membuka butik terbaru yang dikenali sebagai Skechers™ City Outlet di pusat beli belah IPC yang terletak di Mutiara Damansara. Dengan keluasan sebesar 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet akan menjadi butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan kedai konsep mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dengan bahagian yang mempamerkan rangkaian koleksi sukan serta gaya hidup yang hangat bagi memenuhi kehendak para pelanggan.

outlet-skechers-Mutiara Damansara
Ruang dalaman butik Skechers City Outlet di pusat beli-belah IPC.

Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi koleksi kasut yang bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, serta pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi-platinumMeghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

kasut-skechers
Kasut Skechers mementingkan keselesaan.

“Kami sangat teruja bagi memperkenalkan butik bersaiz besar ini untuk mengetengahkan stail terkini di samping koleksi yang memberi pilihan luas kepada semua pelanggan Skechers™ di bawah satu bumbung. Pembukaan Skechers™ City Outlet terbaru ini mencerminkan kedudukan jenama Skechers™ yang kian meningkat di pasaran tempatan sejak membuat kemunculan pertamanya di Malaysia” kata Vincent Leung, Presiden of Skechers™ Hong Kong dan Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet yang terletak di pusat beli-belah IPC akan mempamerkan kira-kira 500 jenis produk Skechers™. Bahagian dalaman butik dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak serta kategori pakaian bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat pembelian.

Vincent turut menambah, “Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi dalam rangkaian kedai konsep kami kerana kami percaya jenama ini akan terus berkembang mengikut pelan pemasaran yang telah dirancang sepanjang 2018 nanti”.

skechers
Rekaan Skechers juga disesuaikan dengan ciri lasak dan cergas kanak-kanak.

Menjelang tahun 2018, Skechers™ dengan penuh semangat bukan sahaja berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 jenama terbaik di dalam kategori fesyen kasut malah turut berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran bagi koleksi kasut untuk kegunaan berjalan.

skechers-women
Seksyen wanita di ruang legar outlet butik Skechers.

Skechers™ juga ingin memperkenalkan koleksi terbaharu dengan unsur-unsur lebih bergaya dan selesa. Dalam masa yang sama, Skechers™ akan turut berkembang menerusi pembukaan 29 lagi butik baharu pada tahun depan sekaligus mencapai jumlah keseluruhan rangkaian jenama sebanyak 91 butik di Malaysia.

 

P/s:

Admin sangat gembira hari ini kerana apa, tentulah disebabkan dah dapat satu kasut Skechers, tak sabar nak pakai untuk pergi kembara ke bumi Andalusia. Jangan salah faham, bukan  kasut berwarna-warni di bawah ini, tetapi kasut warna polos gelap, senang nak disesuaikan dengan apa jua warna pakaian.

 

reka-corak -kasut-pelbagai
Untuk yang gemarkan warna ceria.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.skechers.com.my atau kunjungi ke laman Facebook Skechers™ di www.facebook.com/Skechersmalaysia/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Skechers™.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here