
Picture Credit: www.dictio.id
AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din siapa tidak kenal. Sebagai pengasas kepada pusat rawatan Islam Darulsyifa, sepanjang hidupnya melakukan kegiatan merawat penyakit dan menulis beberapa buku berkaitan cara merawat penyakit menggunakan ayat suci al-Quran. Admin ada menyimpan antara buku yang ditulisnya. Berikut Petua Merawat Pelbagai Penyakit dari Al-Marhum Tuan Guru Dr Haron Din.
Namun tulisan di bawah ini dirujuk ringkasan dalam facebook Ruhani Husin (added a new photo to the album: Sharing is caring .. ) Kita beri kredit kepada beliau atas usahanya menghasilkan ringkasan info berikut.
1) Apa nak buat kalau dipatuk ular, sebenarnya penawar ada pada haiwan tersebut tetapi susah sikit kerana perlu diambil sisik terakhir haiwan itu. Caranya,
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) Apa nak buat kalau disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut. Caranya,
– Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
– Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) Apa nak buat kalau terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
– Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
– Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
– InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
4) Apa nak buat kalau dikesan terkena sihir untuk menceraikan suami isteri, cara merawat ada pada Surah Al – Baqarah, ayat 102
5 ) Ramai orang mengalami masalah resdung, selain pergi ke hospital, fakta pesanan rawatan adalah;
– Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
– Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
– Setiap kolah masjid, 1 botol.
– Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
– Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
– Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
– Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
– Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al – Anbya’, ayat 83
6) Apabila semakin bertambah usia pelbagai penyakit datang bertandang, termasuklah masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism). Apa nak buat untuk masalah seperti ini, caranya ialah;
– Gunakan minyak zaitun
– Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
– Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al – Hashr ayat 21
7) Fibroid, nasalah tidak asing pada wanita, cara merawatnya;
– Menggunakan madu asli
– Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
– Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
– Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69
8) Lelaki pula mudah kena penyakit angin pasang, bagai merawatnya? Juga menggunakan madu, caraya;
-Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al – Isra’, ayat 82
Surah Al – Hashr, ayat 21
Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70
9) Fuh ini pula penyakit tiga serangkai yang bisa menyerang sesiapa sahaja, iaitu darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung. Apa pula kaedah rawatannya? Guna bahan seperti diberikan dan ikut langkahnya.
Bahan – bahan :
– Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
– Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
– Buah kelapa (yang berhingus)
Cara – cara :
– Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
– Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
– Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
– Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
– Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) Masalah susah tidur malam juga biasa dialami sesetengah orang tidak kira lelaki atau wanita, jangan pula kerana sengaja tidur lewat melepasi jam 12 malam, dikata sukar tidur. Tidur lambat, kemudian mata terkebil-kebil tak mahu lena. Cuba dulu amalkan tidur awal sedikit, baru kita tahu bahawa anda itu benar-benar susah tidur malam atau tidak. Jika tidur awal pun tidak dapat lelap, barulah berusaha dengan rawatan berikut; merujuk almarhum Tok Guru itu, guna Surah Al – kahf, ayat 11
11) Wau petua rawatan ini mesti ramai yang ingin mencuba. Angin dalam badan, dan sakit – sakit sendi, amalkan Surah – fussilat, ayat 44
12) Yang ini pula usah berani dibuat jika anda orang biasa-biasa, dan tiada kekuatan diri. Histeria. Nama pun dah seram. Cara merawat;
– Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
– Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
– As saffat , ayat 7
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
[…] http://www.variaseri.com/2017/12/12/petua-merawat-pelbagai-penyakit-dari-al-marhum-tuan-guru-dr-haro… […]