SHARE

 

KALAU korang biasa bermimpi, adakah  diganggu mimpi sama berulang-ulang atau setiap satu mimpi itu hanya datangnya sesekali? Merujuk tajuk di atas, penting untuk kita mengenali jenis-jenis mimpi dan mengetahui adakah ia tanda diganggu jin dan syaitan atau mimpi itu hanya mainan tidur.

Kredit gambar utama:  http://strefatajemnic.onet.pl

 

mimpi-ngeri
Jika mendapat mimpi buruk yang sama berulang-kali petanda ada gangguan. –  Kredit gambar http://polzam.ru

 

“Awas kalau kehidupan anda tiba-tiba berubah, mulanya sihat berubah sakit, mulanya rajin berubah malas dan tidak berdaya melakukan kerja rumah mahupun pejabat, prestasi menurun dalam semua hal….”

 

Mengenali mimpi

Sebelum diteruskan bicara, satu soalan ingin penulis aju pada pembaca sekalian, adakah sesiapa di antara kita tidak pernah bermimpi seumur hidup? Kalau ada, memang orang itu  tergolong insan bertuah dan luar biasa. Tidur tanpa gangguan mimpi bermakna, jiwa sentiasa tenang dan hati lapang. Tidak pernah bermimpi, maksud anda bukan tergolong dalam orang sepatutnya terbabit dalam perbincangan mengenali jenis-jenis mimpi dan mengetahui adakah itu tanda diganggu jin dan syaitan atau mimpi itu hanya mainan tidur.

Ada orang sampai letih kerana tidurnya sering diganggu. Setiap kali bermimpi semuanya menakutkan atau meletihkan misalnya dikejar sesuatu, lari daripada air banjir yang membuak-buak, naik turun bukit dan bukau yang tidak pernah berkehabisan atau sentiasa terpasung dalam satu kawasan kotor misalnya dalam tandas atau di kawasan menakutkan.

Seorang mangsa mimpi buruk pernah memberitahu penulis, dia penat dengan gangguan mimpi yang berulang, sehingga terasa ingin mengelak daripada tidur kerana asal saja hendak lelap, datanglah pelbagai mimpi yang menyesakkan fikirannya.

Adakala katanya belum lagi lena, baru saja pejam dan sedang melayani kedatangan tidur, sudah pun datang mainan mimpi yang bermacam-macam. Aduuuuuhhhhhh!!!! Mengapa???  Mengapa??? Dia seakan berteriak, mahu menangis tidak tahan menanggung gangguan seperti itu.

Contoh,  mimpi ular sangat besar semacam anaconda, berdiri tegak lalu membongkok sambil nganga mahu mematuknya. Dia berhempas pulas mengelak daripada terkena patukan, sambil menjerit sekuat hati sehingga jaga dan mendapati dia benar-benar menjerit.

Bagi mereka yang kerapa mengalami gangguan seperti ini, nah mari kita terusnya perbincangan mengenali jenis-jenis mimpi dan mengetahui adakah itu tanda diganggu jin dan syaitan atau mimpi itu hanya mainan tidur.

Cerita mangsa

Menurut mangsa A, sewaktu hendak tidur dialog-dialog yang tidak diundang terngiang-ngiang di telinganya, kadang-kadang dia terbalas komukasi dengan kuat dengan entiti pengganggu sehingga dia terdengar suaranya sendiri, lalu tersedar dan tersentak dikejutkan oleh suaranya sendiri.

Jika ini kerap berlaku, sahlah satu penyakit berpunca daripada gangguan dalam tidur. Contoh mimpi buruk, ada 1001 boleh diceritakan dan tidak akan pernah habis. Mungkin dalam satu tajuk lain, kita senaraikan temu bual mimpi-mimpi buruk, pasti menarikkan?

Baiklah kita ringkaskan pokok cerita.

Sekali lagi, mengalami mimpi itu adalah hakikat, bukan cerita rekaan. Sebetulnya anak Adam tidak terlepas daripada kedatangan mimpi sewaktu tidur, sama ada yang baik ataupun buruk.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

الرؤيا ثلاث حديث النفس وتخويف الشيطان وبشرى من الله

“Mimpi itu ada tiga macam: bisikan hati, ditakuti setan, dan khabar gembira dari Allah.” (HR. Bukhari 7017).

Bahkan sejak dulu, ada individu menjadi penafsir mimpi. Bagi mendapatkan tafsiran tepat atau setidaknya boleh dipercayai, perlukan ilmu khusus dan orang itu perlu ada kelebihan dari segi menguasai Al-quran dan hadis. Dia boleh memberi indikasi sama ada mimpi itu bisikan hati, berpunca dari `ain dan gangguan syaitan, atau  khabar gembira dari Allah.

Tiga jenis atau indikasi mimpi.

  • Bisikan hati
  • Punca dari `ain atau gangguan syaitan@setan.
  • Khabar gembira dari Allah

Rencana ini lebih mengkhusus kepada bab nombor dua, mimpi punca dari `ain atau gangguan syaitan,

Berkait gangguan syaitan, alim ulama menerangkan bahawa syaitan itu akan menampakkan diri dalam bentuk manusia, binatang buas, dan serangga dalam mimpi.

Dengan bentuk-bentuk ini kita boleh mengetahui jenis syaitan yang mengganggu,dan jumlahnya.

Jika mimpi yang baik –baik tidak perlu hendak kita risaukan sangat. Yang menjadi permasalahan dan perlukan jawapan adalah keadaan mana boleh dianggap mimpi yang kita alami itu menunjukkan ada sihir, ‘ain,dan gangguan jin pada diri?

Mungkin anda sudah banyak kali terbaca senarai tanda mimpi yang menunjukkan gangguan;

* Pertama, mimpi berulang-ulang,paling sedikit tiga kali dalam seminggu.

* Kedua, setelah kita bermimpi kita merasa takut dan cemas sekali.

* Ketiga, kehidupan kita tiba-tiba berubah yang mulanya sehat berubah sakit, yang mulanya rajin berubah malas dan memang tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah mahupun pejabat, lalu prestasi kita dalam semua hal menurun.

Pabila sampai kepada tahap pengalaman ketiga, ianya sudah agak serius, justeru sila ambil berat dan kaji pola mimpi kita.

Bagi memberi ulasan kepada persoalan berkait perkara ini, kita rujuk tulisan mereka lebih pakar untuk dijadikan pedoman.

Daripada semakan laman khabarmakkah.com dan islamituindah.com dan jenteratular.press, berikut ulasan yang didedahkan.

Sering bermimpi keadaan berikut dan maknanya;

  1. Kerap mimpi kera atau binatang-binatang buas lain, tanda syaitan dari jenis maarid/yang sangat durhaka. Jumlah haiwan kita nampak merujuk jumlah setan pengganggu. Wallahualam.
  2. Sering mimpi ular hitam, tanda ia setan bertugas sebagai khodam sihir. Bila ularnya sudah menggigit atau melilit kaki, maksud setan sudah masuk ketubuh orang disihir. Bila dalam mimpi ularnya mengawasi dari jauh, tanda ia sedang mencari kesempatan masuk ketubuh target sihirnya. Bila ularnya besar, maka setan ini memiliki kedudukan tinggi di kelompoknya.

Bila ularnya memiliki sayap, maka dia dari jenis jin terbang. Apabila ularnya hanya melata, maka ini jenis jin yang tinggal dirumah-rumah kita.

  1. Mimpi kucing hitam berulang, juga tanda jin ingin mengganggu.
  2. Landak, makna jin rumah atau tempat tidak dihuni manusia.
  3. Kelawar menunjukkan jin jenis terbang, dikirim untuk perbuatan sihir. Sebahagian besar jin kafir dan biasanya tinggal di tandas.
  4. Sering bermimpi anjing juga petanda ganguan. Bila anjingnya laki berarti jinnya lelaki. Bila anjingnya betina, maka jinnya juga perempuan.
  5. Diganggu mimpi keldai dan babi berulang, ini dari jenis setan sangat durhaka dan kebanyakan beragama yahudi dan nashrani.
  6. Mimpi serangga, tanda dari jenis jin rendah dan lemah, biasanya tinggal di rumah-rumah.
  7. Sering melihat burung dan jatuh dari ketinggian ini menunjukkan jenis jin terbang.
  8. Sering mimpi bersetubuh ini menunjukkan jin pecinta.
  9. Sering mimpi berada atau melihat kuburan dan rumah kosong berarti jenis jin tinggal di kuburan. Biasanya jin khadam sihir dan yang masuk karena ‘ain dan hasad.
  10. Sering bermimpi lelaki atau perempuan hitam, juga petanda gangguan jin. Bila dalam mimpi berhubungan intim, maka jin ini jin pecinta. Dalam mimpi mengejar dan kelihatan benci atau ingin menyakiti, maka jin ini kiriman dari sihir atau masuk lewat rasa dengki/hasad.
  11. Sering mimpi jin menyerupai manusia, dipercayai memang benar jin. Kalau pergaduhan dalam mimpi, seseorang itu berjaya mengusir penggangu itu, tanda banteng dirinya bagus.

Rawatan Rukyah

Andai gangguan terasa teruk, wajarlah untuk mendapatkan rawatan rukyah. Jika anda sedang  mendapatkan rawatan itu malah gangguan menjadi lebih ketara, jangan khuatir atau cepat putus asa.

Itu  tindak balas awal boleh dikatakan lumrah, ia petanda serangan balas daripada `musuh` yang tidak kelihatan itu. Ia memberontak dalam diri mangsa sehingga mangsa sakit sebelum akhirnya terpaksa juga dia keluar andai individu itu berterusan berubat dan membina pertahanan diri. Ingat, setan cenderung menakuti orang sedang diruqyah, juga melalui mimpi.

Dalam fakta selepas ini kita bahasakan `dia` sebagai setan.

Kenapa dia itu sering menakutkan melalui mimpi yang menyeramkan? Pada dasarnya dia lemah, dia hanya kuat dengan timbunan dosa pada pesakit, akan melakukan apa saja agar pesakit menghentikan rawatan. Mengamalkan rukyah bermakna, pesakit semakin hampir dengan Allah swt.,

Saat pesakit menjalani ruqyah, maka dia mulai berasa terganggu dan pertahananannya mulai goyah dan bakal hancur.  Dalam keadaan seperti ini dia akan berusaha sekuat tenaga untuk tetap berada dalam tubuh orang berkenaan.

Mulailah dia datang mengganggu melalui mimpi dan menakutkan bahkan mengancam orang yang dirasukinya agar tidak melanjutkan ruqyahnya.

Justeru, andai diganggu dalam mimpi atau dunia nyata, wajib pesakit melanjutkan program ruqyahnya, jangan sekali-kali mengalah pada tipu dayanya.

Jika ada manfaatkan, silakan share!

Sumber : http://www.kabarmakkah.com

Sumber: islamituindah.com, jenteratular.press

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here