SHARE

 

Bermain Wau

 

Anda mungkin pernah melihat orang bermain layang-layang atau wau. Bagi yang memiliki sifat ingin tahu, mereka tidak kisah untuk belajar bagaimana menerbangkan layang-layang. Mari kita ketahui serba sedikit mengenai permainan itu, kelak anda akan tahu falsafah di sebalik permainan wau, yang boleh buat anda tersedar.

Bagi mereka yang belum mencuba, percayalah permainan wau atau layang-layang memang menyeronokkan. Berada di tepian pantai, berjalan dan berlari di atas permukaan pasir sambil mengawal layang-layang di kawasan lapang yang lepas bebas, ternyata memberi kepuasan. Ketika bermain, anda mungkin tidak terfikir mengenai falsafah di sebalik permainan wau.

Kawasan lapang seperti di padang golf, memang sesuai dijadikan tempat bermain layang-layang atau wau. Mengingati falsafah di sebalik permainan wau, sedikit sebanyak akan menyedarkan anda bagaimana untuk menangani permainan itu secara bijaksana!

Bermain layang-layang mengajar anda fokus, fikiran tidak boleh melayang ke arah lain ketika layang-layang diterbangkan, melainkan fokus sahaja kepada kawalan tali di tangan.

Orang Melayu Pattani (Thai), KelantanTerengganuPerlis dan Kedah menyebut layang-layang wau, manakala nama layang-layang ialah sebutan di negeri-negeri pantai Barat seperti Selangor, Melaka dan Johor.

Nama wau dikaitkan dengan bunyi terhasil daripada busur yang diikat pada alat itu. Bunyi `wau’ dikatakan terhasil secara berirama apabila layang-layang dinaikkan ke udara. Bunyi itu terbit daripada daun ibus yang dipasang pada busur.

Permainan  layang-layang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Daripada kegiatan bermain, ada beberapa falsafah boleh diterjemahkan ke dalam kehidupan.  Berikut antara falsafah di sebalik permainan wau, yang boleh buat anda tersedar akan kaitannya dengan kehidupan.

Antaranya;

  1. Semakin tinggi layang-layangmu terbang, semakin kencang angin yang menghembusnya. Maksudnya kita harus sedia berhadapan dengan tentangan yang makin besar jika memutuskan untuk berada pada taraf kehidupan lebih baik secara profesional.
  2. Arah hidup seseorang, dia sendirilah memutuskan untuk berada di tahap mana, seiring hakikat seberapa tinggi waunya diterbangkan dengan menghulur tali. Bermakna, semakin bertambah usia, sendiri bertanggung jawab ke atas kehendak itu. Dan kebahagiaan seseorang itu, dialah yang bertanggungjawab, sebolehnya anda harus punya impian dan mengejarnya sehingga berjaya serta sanggup berdepan segala kemungkinan.
  3. Jangan sekali-kali lepaskan tali selagi kamu bermain layang-layang. Kamu sendiri menentukan tahap ketinggiannya. Dengan erti kata lain, kejayaan ditentukan oleh faktor usaha sendiri. Justeru, sentiasa bersedia dengan alternatif,bagi mengelakkan kerugian. Bertapi bukan berarti pasrah.
  4. Pastikan layang-layang dihasil sebaik mungkin sebelum diterbangkan. Anda boleh sahaja membeli layang-layang, tetapi ia tidak seperti yang diinginkan.
  5. Senang hati melihat layang-layang sendiri terbang tinggi, lebih menyenangkan jika ada teman sepermainan di sekeliling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here