SHARE

 

kompleks-budaya
Bangunan Kompleks Budaya Hashim Yasin UUM


Tulisan: Oleh Penulis AS

Bangunan pejabat bercat kuning dan biru pekat, lukisan mural warna-warni yang tertera nama `Kopitiam A Chon’ dan landskap taman melekat di hati sewaktu berkunjung ke Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Terutamanya penulis  tertarik kepada Landskap Kompleks Budaya Universiti Utara Malaysia (UUM), yang segar menghijau.

Meja taman melengkapi landskap Taman Budaya.

Dalam lawatan singkat ke PKP yang kini dikenali Kompleks Budaya Hashim Yassin, membuat saya leka merakamkan suasana persekitaran. Landskap luas dilengkapi perabot unsur hiasan taman, menjadi tumpuan. Sememangnya kandskap Kompleks Budaya Universiti Utara Malaysia (UUM), tampil menyegarkan.

rekaan-landskap-taman
Landskap taman di antara dua bangunan dalam kawasan Kompleks Taman Budaya Hashim Yasin.

Persinggahan seketika di situ semata-mata untuk melawat bilik pameran sebelum diraikan dengan majlis minuman petang. Acara ketika itu membabitkan lawatan peserta media dan artis dalam sesi program Santai Anjuran Anita Production and Entertainment. Biarpun programnya sudah agak lama, namun ingatan terhadap lokasi itu masih melekat di hati.

Di samping jatuh cinta dengan panorama keseluruhan UUM yang menampilkan landskap menghijau di serata kawasan kampus, sekitar kompleks itu turut diperindahkan dengan binaan taman. Melilau seketika, banyak sudut menjadi tarikan termasuk kawasan istirahat dilengkapi tempat duduk berbumbung genting dan pondok kayu.

mural-taman-budaya-uum
Lukisan-mural-di -dinding ruang legar bangunan kompleks budaya mencuri tumpuan.

Dengan adanya kemudahan meja dan kerusi di kawasan berbumbung dan di taman, memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk berkumpul bagi mengadakan sesi perbincangan dan sebagainya.

bangunan-kompleks-budaya
Bangunan pusat budaya dan seni UUM

Perabot yang disediakan agak banyak termasuk daripada kayu di bawah kawasan berbumbung dan kerusi taman daripada logam di kawasan terdedah. Tidak ketinggalan pondok atau gazebo dan taman berair turut disediakan sebagai pelengkap landskap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here