SHARE

Oleh:  Rashidah Ibrahim

spa-sari-dewi-di-langkawi
Peralatan spa,menyeri ruang Sari Dewi Spa di Aseana Resort & Spa, Langkawi.

    Kunjungan ke hotel Aseania Resort & Spa, Langkawi tidak sah kalau tidak memanjakan diri di spa berkenaan. Menginap di hotel itu sempena program Salam Santai Aidilfitri oleh Anita Entertainment and Production, memberi peluang kepada saya mencuba rawatan muka bersama dua lagi rakan media.

   Temujanji dibuat, seterusnya kami menunggu masa untuk relaks sekejap di Sari Dewi Spa, bagi tujuan membelai diri.

 

alatan spa
Tunku rempah dalam mangkuk tanah berisi bunga rampai.

Sewaktu lawatan ringkas pada hari pertama, hati tertawan sebaik melihat landskap di halaman depan spa yang dilengkapi binaan gerbang. Sejak itu hati terdetik mahu relaks sekejap di Sari Dewi Spa, Untuk Membelai Diri.

Dibina daripada kayu bercat putih dengan kemasan ukir kerawang, nama Sari Dewi Spa tertera pada gerbang putih berkenaan, sekali gus menjadi mercu pengenalan kawasan. Ternyata binaan gerbang berkenaan menjadi titik tumpuan taman.

rawatan-laser-muka
Rawatan muka menggunakan alat laser.

Bagi yang gemar berurut di kelilingi alam sekitar, maka pondok di luar ini adalah tempatnya. Rimbunan dedaun di taman menapis sebahagian pandangan oleh mata luar.

Dengan suasana segar menghijau, tenang dan damai, maka tempat itu paling ‘win’ untuk dijadikan lokasi beristirahat dan menenangkan jiwa.

Pergi ke hotel berkenaan, memang rugi kalau tidak menghabiskan masa  relaks sekejap di Sari Dewi Spa, Tempat Untuk Membelai Diri itu.

taman-sari-dewi-spa
Taman Sari Dewi Spa Hotel Asiana Resort & Spa, indah dengan pepohon segar menghijau. Kehadiran gerbang putih tambah mengindahkan landskap taman.

Sementara yang gemarkan suasana privasi boleh memilih bilik khas yang disediakan di dalam bangunan. Bahagian yang menepatkan kaunter pendaftaran terdapat bilik rawatan muka dan salun. Sementara tempat urutan disediakan di bilik berasingan, di bangunan yang sama. Melengkapkan pakej untuk kegiatan sihat, bilik gimnasium turut disediakan.

minyak urut  untuk relaks
Bekas kecil berisi minyak wangian dan urut dipamerkan sebagai unsur hiasan ruang.

Pelanggan digalakkan membuat temu janji untuk kelancaran waktu rawatan, namun khidmat `walk-in` turut disediakan. Dengan bilangan ramai petugas dan bilik-bilik yang ada, cukup untuk menampung khidmat beberapa pelanggan sekali gus. Sewaktu berada di situ, tidak kurang enam petugas bersedia untuk memberikan rawatan.

tilam-tempat-urutan
Pilihan tempat urut di atas pondok di halaman Taman Sari Dewi Spa.

Selain urut badan, khidmat rawatan muka turut disediakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here